"Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat."
Setiap
urat yang putus ketika melahirkan anak Allah beri kebajikan seperti
orang naik haji. Tahniah kerana anda seorang wanita tetapi kejadian ini
tidak akan berlaku sekiranya tiada kami (lelaki).
Oleh
itu Islam mengalak umatnya berkahwin supaya dapat menyempurnakan proses
kewanitaan menjadi seorang isteri (menikmati hubungan kelamin) menjadi
seorang ibu (merasai bagaimana rasanya melahirkan anak).
Banyak
faktor yang boleh menjadi penyebab kematian semasa bersalin. Salah satu
daripadanya ialah kurangnya kesedaran tentang pentingnya penjagaan diri
semasa hamil. Sikap suka melengah-lengahkan pemeriksaan antenatal
ketika awal kehamilan sebenarnya mengundang pelbagai risiko bukan sahaja
pada ibu tetapi juga pada bayi yang dikandungi.
Ibu
hamil perlu sedar bahawa mereka merupakan golongan yang terdedah kepada
bermacam-macam komplikasi kesihatan. Oleh yang demikian, pemeriksaan
awal dan rawatan susulan perlu dilakukan untuk memantau tahap kesihatan
mereka sepanjang kehamilan bagi mengelakkan risiko kematian ibu ataupun
bayi semasa proses kelahiran.
Ibu
yang hamil semasa mengandung eloklah mengamal doa ini selalu selepas
solat dan memohon dimudahkan melahirkan anak dengan selamat termasuk
bayinya.
SURAH YUNUS: AYAT 31
Qul man yarzuqukum mina assama-iwal-ardi amman yamliku assamAAa wal-absarawaman yukhriju alhayya mina almayyiti wayukhriju almayyitamina alhayyi waman yudabbiru al-amra fasayaqooloona Allahufaqul afala tattaqoon
Maksudnya:-
Bertanyalah
kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada
kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan
penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari
benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang
hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan
pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan
menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai
segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang
demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?
0 comments:
Post a Comment