DOA RAWATAN MATI PUCUK DAN LEMAH TENAGA BATIN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. 

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi.  

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. 

Jangan berputus asa dengan penyakit ini kerana masalah rumahtangga bermula apabila penyakit ini tidak diberi perhatian yang serius mengakibatkan pasangan anda akan memberontak kerana gersang seperti "pokok yang layu tidak disiram air". InsyaAllah segala penyakit itu ada ubatnya dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.



DOA-DOA DAN AMALAN RAWATAN

1. Mulakan dengan bacaan Al-fatihah - 1x.

2. Baca ayat dari Surah Al-Anbia', Ayat 30 sebanyak 3x.


Maksudnya:

"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"

3. Seterusnya menadah tangan dan membaca kalimah dibawah ini: 

4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak. Sebaik-baiknya lakukan selepas solat subuh. Lakukan setiap hari sehingga anda rasa ada perubahan pada alat sulit anda. InsyaAllah. 


"YAA KHOHAR, YAA JABBAR, YAA KHOYI, YAA MATIN, YAA ZAL JALA LIWAL IKHRAM"

PETUA PANTANG LARANG UNTUK KESIHATAN TENAGA BATIN

1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.

2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

3. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.

5. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

6. Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.

7. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

8. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

9. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

10. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

11. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

12. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

13. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

14. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

15. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

16. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

17. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

18. Jangan jima’ di dalam air.

19. Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.

20. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

21. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

22. Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.

23. Jangan cungkil gigi dengan kemuncup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Wasallam.

Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment