السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Shalawat
Nariyah adalah sebuah shalawat yang disusun oleh Sheikh yang satu ini
hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga termasuk salah satu sahabat
Nabi SAW. Beliau lebih menumpu bidang ketauhidan. Shikh Nariyah selalu
melihat kerja keras nabi dalam menyampaikan wahyu Allah, mengajarkan
tentang Islam, amal saleh dan akhlaqul karimah sehingga sheikh Nariyah
selalu berdoa kepada Allah SWT memohon keselamatan dan kesejahteraan
untuk Nabi SAW. Doa-doa yang menyertakan nabi biasa disebut shalawat dan
sheikh Nariyah adalah salah satu penyusun shalawat nabi yang disebut
Shalawat Nariyah.
Suatu
malam sheikh Nariyah membaca shalawatnya sebanyak 4444 kali. Setelah
membacanya, beliau mendapat karomah dari Allah SWT. Maka dalam suatu
majlis beliau mendekati Nabi Muhammad SAW dan minta dimasukan syurga
pertama kali bersama nabi. Dan Nabi pun mengiyakan. Ada seseorang
sahabat yang cemburu dan lantas minta didoakan yang sama seperti sheikh
Nariyah. Namun nabi mengatakan tidak boleh kerana sheikh Nariyah sudah
minta terlebih dahulu.
Mengapa
sahabat itu ditolak Nabi SAW? dan justeru syekh nariyah yang boleh?
Para sahabat itu tidak mengetahui mengenai amalan yang setiap malam
diamalkan oleh sheikh Nariyah yaitu mendoakan keselamatan dan
kesejahteraan nabinya. Orang yang mendoakan Nabi Muhammad SAW pada
hakikatnya adalah mendoakan untuk dirinya sendiri kerana Allah SWT sudah
menjamin nabi-nabiNya sehingga doa itu akan berbalik kepada si
pengamalnya dengan keberkatan yang sangat kuat.
Jadi
nabi berpesan sebagai wasilah yang boleh melancarkan doa umat yang
bershalawat kepadanya. Inilah salah satu rahasia doa dan shalawat yang
tidak banyak orang tahu sehingga banyak yang bertanya kenapa Nabi SAW
malah didoakan umatnya? untuk itulah jika kita berdoa kepada Allah SWT
jangan lupa terlebih dahulu bershalawat kepada Nabi SAW kerana doa kita
akan lebih terkabul daripada tidak berwasilah melalui bershalawat.
Inilah
riwayat singkat Shalawat Nariyah. Hingga kini banyak orang yang
mengamalkan shalawat ini, tak lain kerana mengikut yang dilakukan sheikh
Nariyah. Dan ada baiknya shalawat ini dibaca 4444 kali kerana Sheikh
Nariyah memperolehi karomah setelah membaca 4444 kali. Jadi jumlah
amalan itu tak lebih dari itba' (mengikuti) ajaran sheikh Nariyah.
Agar
bermanfaat, membacanya harus disertai keyakinan yang kuat, sebab Allah
SWT itu berada dalam prasangka hambanya. Inilah pentingnya punya
pemikiran yang positif agar doa kita pun terkabul. Meski kita berdoa
tapi tidak yakin (fikiran negatif) maka boleh dipastikan doanya
tertolak.
Fadhilat Shalawat Nariyah
Beberapa manfaat dari Shalawat Nariyah antara lain:
1.
Jika mendapat kesusahan kerana kehilangan barang, hendaknya membaca
shalawat ini sebanyak 4444 kali. InsyaAllah barang yang hilang akan
cepat kembali. Jika barang tersebut dicuri orang dan tidak dikembalikan,
maka pencuri tersebut akan mengalami musibah dengan kehendak Allah swt.
Setelah membaca Shalawat ini hendaknya membaca do’a sebagai berikut
(boleh dibaca dengan bahasa Melayu):
“Ya
Allah, dengan berkat Shalawat Nariyah ini, akua mohon Engkau kembalikan
barang aku”. Doa ini dibaca 11 kali dengan hati yang penuh harap dan
bersungguh-sungguh.
2.
Untuk melancarkan rezeki, memudahkan tercapainya hajat yang besar,
menjauhkan dari gangguan jahat, baca shalawat ini sebanyak 444 kali,
boleh dibaca sendiri atau berjamaah.
3.
Untuk menghilangkan segala macam kesusahan, memudahkan pekerjaan,
menerangkan hati, meluhurkan pangkat, memperbaiki budi pekerti,
menghindarkan malapetaka dan perbuatan buruk, baca shalawat ini sebanyak
40 kali setiap hari.
4. Jika dibaca 21 kali setelah solat maghrib dan subuh akan terjaga dari musibah dan malapetaka apapun.
5. Jika dibaca 11 kali setiap selesai solat 5 waktu akan terjaga dari bala’ ( kerusakan) lahir batin.
Sheikh
Sanusi berpesan: “Barangsiapa secara rutin membaca shalawat ini setiap
hari sebanyak 11 kali maka Allah swt akan menurunkan rezekinya dari
langit dan mengeluarkannya dari bumi serta mengikutinya dari belakang
meski tidak dikehendakinya”
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment