السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa ini untuk merawat sakit tulang yang selalu berlaku pada kita itu bahagian leher, pinggang dan pada sendi. Orang yang selalu sakit pada sendi(joints) dan pengidap "Athiritis" elok amalkan ayat ini. Yang mengidap kanser tulang amalkan doa ini yang sebaiknya sebagai ikhtiar terakhir.
Cara-caranya:
Lakukan selepas solat, Baca surah dibawah ini.
1. Al-Fatihah 1x.
2. Ayatul Kursi 1x.
3. Surah Al Mukminun 1x.
4. Surah Al Israa' 1x.
Baca
 padal minyak zaitun yang sudah diketahui khasiatnya sebelum N3 yang 
lepas. Kemudian sapu dan gosok pada bahagian yang sakit. Sapu pada 
sendi-sendi pada yang ada Athritis. Nak minum minyak zaitun itu juga 
dibolehkan kerana ia sebaik ubat yang mujarab untuk kesihatan.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: 
"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."
DOA 1.
Maksudnya:
11.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. 12.Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. 13.Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. 14. Kemudian
 Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami 
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan 
daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang 
itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi 
makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan 
ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(Surah Al-mukminun: Ayat 11, 12,13, 14).
DOA 2. 
Maksudnya: 
"Dan
 sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri 
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan 
Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang 
baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas 
banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan." (Surah Al-Israa: Ayat 70).


Blogger Comment
Facebook Comment