السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa-doa ini baik diamalkan bagi wanita yang datang haidnya tidak teratur dan yang mengalami sengugutnya yang teruk.
Masalah hormon yang ketidakstabilan juga mungkin menjadi salah satu
faktor kenapa haidnya tidak teratur. Wanita yang belum kahwin dan
mengalami sengugut yang kronik. Ia akan hilang sendiri selepas
berkahwin.
Wanita
yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu juga memang dikaitkan
dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi.
Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak
teratur tetapi berupaya hamil tanpa bantuan perubatan.
Cara-caranya:
1. Baca selalu doa-doa ini selepas solat.
2. Tiupkan dan sapu pada bahagian peranakan di bahagian atas dan bawah perut sebanyak tiga kali.
3. Yakin pada Allah SWT Yang Maha Penyelamat (As Salam) dapat menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin.
DOA 1.
Maksudnya:
"Dan
Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air
hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu
terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum
yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)". (Surah Al Nahl: Ayat 65)
DOA 2.
Maksudnya:
(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah
yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. (Surah Ali Imran: Ayat 5,6)
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment