N3
khas ini untuk pembaca ku yang meluahkan perasaan mereka melalui
komen-komen yang sangat terharu. Satu N3 atas tajuk ini sangat penting
kerana "Pintu hati" adalah lorong dan laluan kepada jalan kebaikan atau
kejahatan. Jika pintu hati tertutup kepada jalan kemungkaran. Maka
seseorang itu akan meninggalkan segala maksiat dan perkara-perkara yang
mungkar yang dilarang oleh Allah SWT. Maka ia akan menjadi seorang
muslim yang baik disisi Allah SWT.
Begitu
juga jika pintu hati terbuka kepada perkara yang mungkar yang dilarang
oleh Allah SWT maka ia akan menjadi kufur kepada Allah SWT dan matinya
sebagai orang kafir. Itulah yang paling malang buat dirinya bila ia
kembali ke alam barzah.
Pintu
hati yang tertutup kepada cahaya keimanan susah untuk mendapat
hidayahNya. Apabila tertutup pintu hatinya maka hatinya akan mati dan
tertutuplah segala pintu kebaikan dan terdoronglah melakukan
kemungkaran.
Ciri
manusia yang hatinya sudah mati antara lain ialah kurang berinteraksi
dengan kebaikan, kurang kasih sayang kepada orang lain, tidak menolong
orang, suka kemungkaran, menurut hawa nafsu, lalai dengan kebajikan dan
suka berbuat maksiat
Ada tiga perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati iaitu :
1)
Meninggalkan sembahyang dan membuatkan jiwa kacau dan gelisah.
Terjerumus ke dalam perbuatan keji dan hina, terseret ke lembah
kemungkaran dan kesesatan.
2) Meninggalkan sedekah bererti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan.
3)
Tidak mengingati Allah s.w.t. dengan tidak berzikir boleh menyebabkan
hati keras membatu sehingga tidak boleh menerima nasihat dan ajaran
agama.
Dalam
bab cinta pula, jika tertutup pintu hati. Maka terputuslah tali
pertunangan. Jika sudah berkahwin dan mempunyai anak. Maka bercerai
berai jadinya seperti yang kita dengar dan lihat. Kepada yang
mengamalkan doa-doa diblog ini seperti doa pengasih, doa pengikat kasih
sayang dll doa-doa yang berkaitan dengan hati. Baca doa ini selepas
solat hajat atau setiap kali solat. Mohon dibuka pintu hati orang yang
anda kasehi. Jika pasangan anda terlibat dengan kekasih gelapnya, doakan
pintu hatinya tertutup kepada temanitanya. Begitu juga jika terlibat
dengan maksiat lain seperti judi, zina, arak. Setiap kali melakukan
dosa, satu titik hitam akan timbul di hati, makin banyak membuat dosa
makin hitamlah hati itu. Minta pada Allah SWT tutup pintu hatinya kepada
kemungkaran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami sediakan bagi neraka Jahanam itu golongan jin dan manusia yang mereka itu mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf ayat 179)
Dalam
ayat di atas Allah SWT meletakkan nilaian manusia sama taraf dengan
haiwan bahkan lebih rendah lagi kerana manusia membutakan matanya,
memekakkan telinganya dan menutup pintu hatinya kerana tidak mahu
menerima kebenaran yang datangnya daripada Allah SWT.
Demikianlah
apa yang dikatakan celik mata hati atau kesedaran. Tegasnya, mata hati
akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan
kehendak atau ketetapan Allah SWT. Inilah pandangan hidup yang paling
jelas dan tepat. Bermula dengan pandangan yang tepat inilah kita boleh
menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.
Berdasarkan
ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa manusia akan menjadi kufur dan
tidak akan beriman apabila dia ada hati tetapi hatinya buta walaupun
matanya tetap celek tidak buta dan telinganya tetap mendengar bukan
pekak.
DOA MENUTUP DAN MEMBUKA PINTU HATI
15. Ya
ahla alkitabi qad jaakumrasooluna yubayyinu lakum katheeran mimma
kuntumtukhfoona mina alkitabi wayaAAfoo AAan katheerin qad jaakummina
Allahi noorun wakitabun mubeen
16. Yahdee bihi Allahu mani ittabaAAa ridwanahusubula assalami wayukhrijuhum mina aththulumatiila annoori bi-ithnihi wayahdeehim ilasiratin mustaqeem
Maksudnya:
16. Yahdee bihi Allahu mani ittabaAAa ridwanahusubula assalami wayukhrijuhum mina aththulumatiila annoori bi-ithnihi wayahdeehim ilasiratin mustaqeem
Maksudnya:
15.
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami,
menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan,
dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu
cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. 16. Dengan kitab itulah
Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan
keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang
itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan
seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.
0 comments:
Post a Comment