Azab
Allah SWT di dunia ini tidak seorang pun sanggup menghadapinya inikan
pula azab di alam kubur dan seterunya di hari akhirat kelak. Sebagai
seorang hamba Allah yang banyak berbuat dosa. Segeralah bertaubat,
takutlah azab Allah itu. Dalam Surah Ali Imran, Ayat 56 yang maksudnya:
"Bagi orang-orang yang tidak percaya, Aku akan mengazabkan mereka dengan azab yang keras di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong-penolong."
Berdasarkan
dari surah itu di dunia pun Allah SWT akan mengazab hambaNya yang
melakukan kemungkaran. Marilah kita selalu bermohon kepadaNya supaya
dijauhkan azab di dunia mahupun di akhirat. Biarlah kehidupan ini
berlangsung dengan kesejahteraan dan kebahagiaan supaya kita dapat
beribadat kepadaNya.
Maksudnya:
"Wahai
Tuhan Yang Hidup selamanya, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak
berkehendak kepada sesiapapun) wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan, tiada Tuhan kecuali Engkau, dengan rahmat-Mu aku memohon
pertolongan, aku memohon supaya dihindari dari azab-Mu, janganlah Engkau
serahkan diriku ini kepada orang dari makhluk-Mu, sekejap mata jua pun,
dan perbaiki segala urusanku."
Sebelum
membaca kisah gadis yang terlampau. Baca kisah ini dahulu. Pada tahun
1990an dahulu. Penulis pernah melawat seorang ibu di Kampong Nagalilit
berdekatan Padang Serai, Kedah. Kisah seorang ibu ini pernah mendapat
liputan luas di TV3 suatu ketika dahulu. Mungkin ada yang sudah lupa
kisah api yang turun dari langit dan menembusi bumbung atap rumah
keluarga tersebut serta membakar gambar-gambar artis yang mendedahkan
aurat didinding rumah itu. Si ibu itu juga terbakar sedikit dibahagian
rambut. Memang ramai yang datang dari merata ceruk untuk melihat kesan
lubang di atap yang sebesar bola tennis.
Di
ceritakan oleh anak lelakinya, bahawa kejadian itu berlaku sejurus
beliau menasihat ibunya itu supaya berhenti main nombor ekor "black
market" dan lakukan solat zohor. Lantas kata ibunya berkata, "jika api
dari langit turun kepadanya barulah dia akan bertaubat". Selesai sahaja
ibunya bercakap, segumpal api pun turun menembusi bumbung atap rumahnya
dan mengejar beliau. Itulah kisah lebihkurang yang terjadi pada ketika
itu.
Dari
sejak kejadian itu, ibunya sudah bertaubat dan tidak pernah tinggal
solat .Semasa penulis berada di rumah itu. Masuk sahaja waktu zohor. Si
ibu itu yang sudah siap bertelekung terus berjemaah bersama-sama pelawat
yang ada. Wallahualam.
KISAH SI GADIS TERLAMPAU MENERIMA AZAB
Menurut
majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju
ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi
yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat
menjolok mata.
Bajunya
agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis
itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya.
“Wahai
pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
“Siapalah
kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau
adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di
syurga atau neraka?”
Setelah
menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu
gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis
lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
“Ambil
hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah
bilik di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan
hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang
tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan
kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka
tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama
dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh
minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk
para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri…. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang
menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam
suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah
yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah
dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga
kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik
saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya
mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?
Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu.
Sumber kisah gadis dari: http://ibnismail.wordpress.com
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment