السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar UPSI
yang telah maut akibat dari jatuh dari tingkat lima bangunan e-learning
universiti, Tanjung Malim. Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan
bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah
mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan. Semuga roh beliau
dirahmati Allah SWT.
Kejadian-kejadian
yang selalu menimpa seseorang itu berpunca dari berbagai masalah yang
kita sendiri tidak ketahui. Mungkin masalah percintaan, masalah
keluarga, masalah kewangan. Yang paling nyata adalah kerana masalah jiwa
yang lemah. Kata lain "Lemah Semangat"
Apabila
lemah semangat, syaitan, iblis dan jin mudah merasuk dan membisik
sesuatu sehingga seseorang itu hilang arah. Kadang-kadang jadi histeria
yang boleh menyebabkan tindakan yang diluar jangkaan seperti untuk
terjun bangunan, mencederakan diri sendiri dan orang lain yang pernah
berlaku kepada seorang anak yang menyembelih bapanya tahun lepas di
Negeri Sembilan. Semua itu berpunca dari hasutan dan bisikan syaitan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”Riwayat Bukhari Dan Muslim.
PELAJAR UPSI MAUT JATUH DARI BANGUNAN INI |
Insyaallah,
marilah kita sama-sama kita memohon perlindungan Allah SWT dari hasutan
dan bisikan syaitan yang durjana hanya bertujuan menyesatkan manusia
dari jalan yang benar ke jalan yang salah supaya termasuk dalam
golongannya.
Doa-doa
ini baik amalkan selepas setiap kali solat supaya anda sentiasa
dilindungi dan dipeliharakan oleh Allah SWT setiap masa dari gangguan
jin, syaitan dan iblis. Banyak doa-doa yang lain untuk hindarkan dari
gangguan syaitan tetapi yang ini mudah dibaca oleh setiap orang. Bacalah 3/7/11 kali dan mulakan dengan salawat nabi, al-fatihah dan ayatul kursi.
DOA INI UNTUK PERLINDUNGAN DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS. (Mulakan Bacaan Dari "ROBBI".
Maksudnya:
Dan
katakanlah: "Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepadamu dari hasutan
syaitan-syaitan, "Dan Aku berlindung kepadaMu, Wahai Tuhanku, supaya
syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (Surah Al Mukminun, Ayat
97-98)
DOA 2.
DOA INI UNTUK KUATKAN JIWA DAN SEMANGAT YANG LEMAH
Maksudnya:
"Sekiranya
Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau
melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah
dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat
manusia, supaya mereka memikirkannya."
DOA 3.
SURAH INI UNTUK ELAKKKAN BISIKAN DAN HASUTAN SYAITAN
Maksudnya:
Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian
manusia.” Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan Yang berhak disembah
oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul
tenggelam, -"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati
manusia, "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
(114:1-5)
Dalam
sebuah hadis yang bertaraf baik, riwayat ahmad, Nabi s.a.w. mengajar
sahabat agar membaca ta’awwuz daripada syaitan dan bukan memaki hamunnya
kerana dengan memaki hamun, syaitan akan menjadi lebih besar dan dia
bertekad mengalahkanmu. Sebaliknya jika kamu mengucapkan ta’awwuz, dia
akan menjadi kecil seperti lalat. Hadis ini menjadi bukti bahawa syaitan
akan lari dari hati yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t. (Tafsir Ibn
Kathir, tafsir surah an-Nas)
Sekan, Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment