Salam Pembaca,
Masalah
sikap panas baran atau cepat melenting suami terhadap isteri dan
anak-anak memang tidak dapat dielakkan pada mana-mana rumahtangga yang
aman. Sudah menjadi lumrah hidup. Bak kata perpatah melayu "Sedang lidah lagi tergigit".
Tetapi
sikap panas baran yang tidak terkawal itu yang amat ditakuti kerana
setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang menyedihkan.
Isteri kena pukul,ditendang dan ditampar. Ada yang sanggup tendang perut
isteri yang sedang mengandung. Ada yang lebih teruk lagi sampai ada
diperlakukan seperti binatang, diseterika muka dsbg.
Sebelum
berkahwin memang susah nak kenal hati budinya. Tetapi selepas tiga
bulan baru tahu sikit perangai buruknya. Ada yang selepas dua tahun,
suami yang sebelum ini "pijak semut tak mati" tiba-tiba berubah
sikap. Sikap cepat melenting dan panas baran walaupun berlaku sedikit
kesalahan dari isteri itu. Bermacam-macam perkataan keluar dari
mulutnya. Maki hamun yang kurang wajar diluahkan pada isteri. Ini selalu
berlaku apabila si suami sudah ada " affair" dengan wanita lain.
Pada
wanita yang dianiayai suami, usah gentar atau takut. Allah SWT akan
makbulkan doa-doa dari orang yang dianiayai. Ini merupakan ujian Allah
SWT kepada suami dan kepada isteri. Sebagai isteri senjatanya hanyalah
air mata dan doa. Maka perbanyakkan doa-doa. Merintih dan mengadu kepada
Allah SWT akan kegundahan hati akan ada jalan keluar yang ditunjukkan
oleh Allah SWT kepada suami agar panas barannya berkurang dan menjadi
penyayang.
Bagaimana
hendak mengamalkan doa-doa ini kepada suami atau anak-anak yang panas
baran? Seperti biasanya diamalkan selepas solat. Untuk menyuruh suami
atau anak-anak membaca doa-doa ini memang mustahil.
Cara
yang lebih berkesan dengan membaca pada air kosong dan dibuatkan kopi
atau teh bagi suami minum. Tidak mengapa jika ahli keluarga lain yang
minum bersama.
Lakukan selepas solat asar jika menggunakan air kosong kerana ketika itu suami masih belum pulang dari tempat kerja. Dimulakan dengan Istighfar-3x, Shalawat Nabi-10x. Al-Fatihah-1x. Doa 1 dan 2 (3x). Penutup Salawat Nabi-10x.
DOA 1.
Maksudnya:
"Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."(Surah Al-Anbiya: Ayat 69).
DOA 2.
Maksudnya:
22. Dialah
Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang
ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23. Dialah
Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian
alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala
kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta
Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya);
Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang
mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah
Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada
kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang
dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan
semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di
bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (Surah
Hasyur: Ayat 22,23,24)
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment