السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ibubapa
yang mempunyai anak lelaki dan perempuan kenalah selalu mendoakan
mereka supaya sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah SWT dari
perkara-perkara yang buruk. Apabila anak sudah besar dan melanjutkan
pelajaran di IPTA atau sudah bekerja. Ibubapa kenalah bertanyakan
anak-anak, dengan siapa mereka berkawan? Jangan tersilap pilih kawan
kerana banyak kes rogol, kes bunuh dan kes aniaya yang tak terfikir
boleh berlaku.
AWAS JANGAN TERKENA BEGINI..NAHAS! |
Kadang-kadang
berlaku kepadag anak lelaki yang baik. Tersilap pilih kawan boleh
merosak masa hadapan. Percaya sangat pada kawan akhirnya terjerat diri
sendiri.
Bukan
senang nak cari kawan baru yang boleh kita kenal hati budinya. Jika
dari kecil sama-sama bersekolah tidak mengapa. Tapi yang baru berkawan,
nampak luaran baik tapi dalam hati tidak siapa yang tahu.
Selalu
berpesan kepada anak-anak yang berjauhan. Sentiasa mengamalkan ayatul
kursi dan doa pelindung diri dari sihir/syaitan dll.
Doa
ini boleh juga diamalkan selain dari ayatul kursi. Sangat baik jika
dimulakan dengan ayatul kursi dan doa-doa berikut. Semuga dipelihara
diri dari perkara-perkara yang buruk. "Sediakan payung sebelum hujan".
InsyaAllah,
sesiapa yang berniat jahat kepada anda akan terhalang niatnya dan
mungkin dibalas perbuatannya sebelum berlaku kepada kamu. Hanya Allah
yang berkuasa menentukan segalanya dan memelihara hambaNya yang beriman
dari niat jahat orang-orang kafir lagi jahat.
DOA SUPAYA TERHINDAR DIRI DARI NIAT JAHAT ORANG
Maksudnya:
Sesiapa
yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan
yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat,
maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa
yang mereka kerjakan.
DOA SUPAYA MENDAPAT TEMAN YANG BAIK
0 comments:
Post a Comment