السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SURAH AN-NISSA'
"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat."
Terjemahannya:
Dan
apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan
Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan)
orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak,
iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami!
Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir
musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang
pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami
dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).
SURAH AL-A'RAF
"Barang
siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari
kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah".
Terjemahannya:
Dan
apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa
dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami
bersama orang-orang yang zalim".
Dunia
semakin maju pesat membangun begitu juga dengan jenayah dan kejahatan
manusia pun semakin menjadi-jadi. Hari ini terbaca pasal seorang Datuk
ditetak oleh pekerjanya sendiri disebabkan gaji. Sebenarnya perkara itu
boleh diselesai secara baik. Tapi manusia semakin jahat dan kejam
kerana duit macam-macam boleh berlaku.
Minggu
lepas seorang jururawat trauma kerana tiga lelaki cuba menculiknya. Dan
jangan biarkan perkara-perkara begini berlaku pada ahli keluarga kita
yang sangat kita sayang. Sebagai pelindung, seorang bapa dan abang-abang
kenalah jaga ahli keluarga masing-masing dari perkara yang tidak
diingini. Ibu atau isteri boleh berdoa. Itu yang termampu sebagai
seorang perempuan. Jangan selesa dengan keadaan yang tenang dan harmoni
kerana perkara buruk boleh berlaku tanpa diduga.
Selain
ayatul kursi dan Ayat 1000 dinar sebagai amalan kita baca setiap kali
solat. Baca juga ayat-ayat ini. Ayat-ayat suci Allah lagi banyak dibaca
lagi baik kerana Allah SWT Maha Pendengar doa-doa hambaNya.
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment