السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pesanan arwah ayah captain dahulu, baca doa-doa ini untuk berulang alik ke tempat kerja. Jika berlaku kemalangan, Allah SWT akan melindungi kamu serta memelihara dari sebarang kecederaan. Pernah suatu hari pada tahun 1992, captain terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sidam Kanan ke Sungai Petani. Kereta yang dipandu oleh captain berpusing beberapa kali dan merempuh tiang letrik serta jatuh ke dalam parit yang dalam selepas hilang kawalan kerana jalan basah selepas hujan lebat.

Jika
dilihat pada kereta yang remuk itu, memang sah pemandunya maut atau pun
cedera parah sekiranya hidup. Insyaallah captain selamat dan tiada
sedikit pun kecederaan dan tiada sebarang calar atau luka kena serpihan
kaca. Seperti bangun dari tidur selepas mimpi ngeri. Itulah hebatnya
kuasa Allah SWT. Kata arwah selepas sampai di rumah. Allah sayang kamu.
Untuk
pembaca setia, bacalah doa-doa ini semuga menjadi amalan ketika keluar
dari rumah untuk kemana-mana sahaja walaupun dekat atau jauh.
DOA-DOA INI YANG SELALU DIAMALKAN KETIKA KELUAR RUMAH UNTUK BERULANG ALIK KE TEMPAT KERJA YANG DIBERIKAN OLEH ARWAH.
1. Doa Keluar Rumah.
2. Doa Menaiki Kenderaan Darat.
3. Doa Selamat Dari Sebarang Kecederaan.
1. DOA KELUAR DARI RUMAH.
Maksudnya:
"DENGAN NAMA ALLAH AKU MENYERAHKAN DIRIKU KEPADA ALLAH, TIDAK ADA DAYA UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH"
2. DOA MENAIKI KENDERAAN DARAT.
Maksudnya:
"MAHA
SUCI ALLAH YANG MEMUDAHKAN INI BAGI KAMI DAN TIADALAH KAMI BERKUASA
MEMPERGUNAKANNYA JIKA TIDAK KERANA KURNIA-MU. SESUNGGUHNYA KAMI AKAN
KEMBALI KEPADA TUHAN KAMI."
3. DOA SELAMAT DARI SEBARANG KECEDERAAN.
"INNALLAZI FAROTHO A'LAI KALLQURANN NALAAROD DUKAA ILAII MAAD"
(Akan dimasukkan imagenya nanti beserta terjemahannya)
DOA TAMBAHAN DARI CAPTAIN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN ATAU DITIMPA KECELAKAAN.
Maksudnya:
"DENGAN NAMA ALLAH, TIADA , TIADA DAYA UPAYA KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG"
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment