"Ya
Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang
sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab
terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya
kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian
serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman
mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan
salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata
dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang
menguasai seluruh alam".
Selawat
Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka
sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan
kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar
kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan
sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas
solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Bagi
orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan
apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi
orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444
kali.
Kata
Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap
selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak
putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata
Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44
kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya
dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.
1.
Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap
hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus
dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2.
Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau
100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala
urusan kehidupan.
3.
Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan
terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444
KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment