DOA MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT DARI MUSUH DALAM SELIMUT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Awas! musuh dalam selimut. Dihadapan nampak baik, dibelakang tuhan sahaja yang tahu. Musuh dalam selimut mungkin kawan yang rapat dengan kita. Dihadapan lembut cakapnya. Pijat semut tak mati tapi dibelakang segalanya tak disangka. Sanggup tikam kawan dari belakang. Spesis kawan yang macam ni, perlu berhati-hati. 

Jangan diluahkan segala rahsia dan kelemahan anda. Nanti dibelakang anda diburuk-burukkan perihal diri anda. Memang susah nak dijangka akibatnya. Anda harus hati-hati. Siapa tahu dia hanya memanfaatkan persahabatan ini untuk mendapatkan keuntungan sahaja tetapi tidak ikhlas terhadap anda. Amalkan doa ini supaya musuh dalam selimut menjauhkan dan menjarakkkan dirinya dengan anda.


Allaahumma innii auudzu bika min khaliilin maakirin 'ainaahu tarayaani wa qalbuhu yar aani. In ra aahasa natan dafanahaa, wa in ra aa sayyiatan adzaa'ahaa.

Maksudnya:

Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu, daripada teman karib yang penipu, iaitu yang kedua matanya menyoroti aku sedangkan hatinya mencari-cari kesalahanku. Apabila ia mendapatkan kebaikanku, dipendamnya diam-diam. Tapi kalau ia melihat keburukanku, disiar-siarkannya dimana-mana.

Wasallam.

Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment