السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jika
sangat berhajat, eloklah dibaca selawat ini sebelum memulakan doa-doa
yang lain. Kita digalakkan untuk selalu berselawat dan berdoa. Berdoa
tidak semestinya selepas sembahyang sahaja. Terdapat banyak selawat yang
boleh diamalkan dan Selawat Munjiyyah adalah salah satu darinya akan lebih mudah dimakbulkan Allah SWT.
Ertinya:
"Ya
Allah, selawat sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad yang
dengan berkat berselawat keatasnya akan menyelamatkan kami daripada
seluruh kesukaran dan kebinasaan dan menyempurnakan semua hajat
kami,juga membersihkan dengannya daripada semua kejahatan dan mengangkat
kami dengannya di sisi-Mu setinggi darjat dan membolehkan kami mencapai
tinggi matlamat semua kebajikan ketika hidup juga selepas mati. Selawat
sejahtera juga keatas keluarga, sahabat baginda dan kesejahteraan yang
banyak kepada mereka semua dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha
Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment