السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
"SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN".
Sejak
kebelakangan ini ramai kawan dan kenalan rapat yang meninggal dunia
termasuk bapa mertuaku yang kembali kerahmatullah baru-baru ini.
Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu
menziarahi jenazah seorang kawan yang meninggal bulan lepas di Teluk
Intan, lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hatiku, kenapa orang
baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah
juga tanpa dapat ditahan-tahan.
“Kenapa
orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh
seorang kawan lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Aku terkejut.
“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas aku. Dia tersenyum.
“Dalam pengalaman, ramai orang baik mati cepat. Lihat kawan kita ini baru mencecah 45 tahun sudah dijemput pulang.”
Aku
termenung mencari makna dan kata-kata. Aku yang “lebih tua” ini belum
mati. Mungkin aku tidak sebaik dia. Mungkin Allah SWT memberi keinsafan
kepada aku supaya banyak bertaubat supaya tidak lupa suatu hari sampai
masa dan ketika giliran aku kesana. Tapi aku tak bersedia lagi.
Anak-anak belum habis belajar, amal jariah masih kurang. Semuga Allah
SWT memanjangkan umur ku supaya dapat memperbanyakkan ibadah dan membuat
kebaikan dan menolong orang lain yang memerlukan.
Hari
ini aku sembahyang jenazah kawan aku. Pasti suatu hari nanti aku
disembahyangkan oleh orang lain pula. Ingat kata-kata ini "Sembahyanglah
kamu sebelum kamu disembahyangkan". Marilah kita belajar cara-cara
solat jenazah.
Kematian
adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana
ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi menuju
hari akhirat. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati
bersih memperolehi kejayaan.
Menguruskan
jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu
sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya
sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab
itu.
Namun
dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk
melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi
muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan
sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk
melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita
meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya
sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Orang lain solat
jenazah ibubapa kita sedangkan kita hanya ikut-ikut pergerakan mereka
tanpa tahu apa-apa berkenaan solat jenazah.
Perlu
diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat
menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia
menuruti jejaknya suatu hari nanti.
Dengan
adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat
memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian
agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak
fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung
kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
PANDUAN SOLAT JENAZAH
Dalam
mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara
berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya
setiap satu saf dua orang.
Bagi
orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan
orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah
disolatkan oleh orang lelaki.
Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.
1. Cara mengerjakan Solat Jenazah.
Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
Tentang
tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid,
di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan
syarat tempatnya itu luas dan bersih.
2. Rukun Solat Jenazah.
Solat
jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya
hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga
tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam
3. Lafaz niat solat jenazah:
a. Lafaz niat solat jenazah lelaki dewasa (hadir) :
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir Imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan dewasa (hadir):
(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana allah Ta'ala)
c. Lafaz niat untuk jenazah kanak-kanak lelaki (hadir):
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
e. Lafaz niat untuk jenazah lelaki (ghaib):
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat lelaki si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan (ghaib):
(Sahaja aku sembayang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
f. Lafaz niat untuk jenazah ramai:
(Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
Selepas Takbir Pertama dibaca : Al-Fatihah
Selepas Takbir Kedua dibaca : Selawat Ibrahimiah: Selepas Takbir Ketiga dibaca: Doa:
Selepas Takbir yang Keempat dibaca doa ini:
Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri dengan membaca Surah Al-Ikhlas 7 x.
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment