السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM bagi anak-anak pada
tahun 2012 ini. Eloklah dari awal tahun lagi diberikan anak-anak itu
minum air penerang hati supaya Allah SWT membuka pintu hati, minda
anak-anak supaya dapat menerima ilmu pelajaran yang diajar oleh
guru-guru itu dengan lebih berkesan lagi.
Air
penerang hati juga sebagai ikhtiar dari ibubapa untuk anak-anak menjadi
tenang dan tenteram apabila menjawab soalan peperiksaan nanti dan
begitu juga untuk kebaikan anak-anak yang mengaji Al-Quran supaya hati
yang benak itu hilang serta lancar membaca Al-Quran.
Cara membuat air penerang hati ini dipelajari dari Allahyarham Hj Sattar (Al-Hafiz) yang pernah tinggal di Daerah Kuala Krai, Kelantan.
Beliau telah kembali kerahmatullah tiga tahun yang lalu. Allahyarham
juga adalah sukarelawan yang pernah membantu merawat banyak
penagih-penagih dadah di Kelantan suatu ketika dahulu. Sesiapa yang
membuat air penerang hati ini. Sedeqahlah Al-Fatihah buat Alahyarham Hj Sattar (Al-Hafiz). Moga-moga ilmu yang ditinggalkannya membawa barakah buat kita.
Cara-cara membuat air penerang hati.
1. Air masak, air mineral atau air hujan malam jumaat lagi baik ditadah.
2.
Waktu yang sesuai dilakukan selepas solat insyak dan jika baiknya
lakukan selepas solat hajat minta Allah SWT makbulkan dan minta
anak-anak yang minum air penerang hati itu dapat menghafalkan pelajaran
dsbg.
Surah-surah yang dibaca.
1. Shalawat Nabi -10x.
2. Al-Fatihah - 1x.
3. Tiga Qul - 1x.
4. Surah Alam Nasyrah (Surah 94) - 11x.
5. Bismillah Enam - 11x.
Baca
surah Alam Nasyrah dan Bismillah Enam dan dihembuskan pada air
tersebut. Minum pagi atau malam. Boleh mula minum air penerang hati
diawal tahun. Jika baiknya bagi minum setiap hari kepada anak-anak kita
mulai sekarang.
SURAH ALAM NASYRAH (SURAH 94).
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment