السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Wanita
yang kurang subur sukar untuk mendapat cahaya mata. Ada yang sampai 7
atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata. Yang selalu
berusaha tapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu
penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga
belum sampai masanya nak menimang cahayamata. InsyaAllah berdoalah
kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat kerana mungkin anda tidak
beberapa subur kerana masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah
saluran fallopia dan masalah lain-lain berkaitan organ peranakan yang
tersumbat.
Rasa
rendah diri dan sedih apabila melihat orang lain bermanja dan bermain
dengan anak-anak mereka. Jangan putus asa dan jika terasa sunyi terutama
isteri-isteri yang tidak bekerja, lakukan aktiviti atau
sekurang-kurangnya peliharalah beberapa ekor kucing parsi ataupun tikus
"hamster" untuk mengisi kekosongan itu semasa suami pergi kerja ataupun
ambillah anak angkat dari rumah anak-anak yatim.
Doa
ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang kurang subur kerana
beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah dengan
mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari
yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah
kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat) - Link DISINI
6. Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x
Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan"
maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu
air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak
tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian
yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka
akan terbuka saluran tersebut.
Maksudnya:
Dan
tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa
sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai
benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan
dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu
beriman?
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment