السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selera
untuk makan adalah satu nikmat kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya dan
janganlah nikmat ini ditarik oleh-Nya. Dikalangan orang-orang tua yang
sakit terbaring di katil kerana sakit eloklah digunakan doa ini supaya
dapat kembalikan selera makannya.
Antaranya
masalah-masalah yang biasa ditemui diklinik kanak-kank ialah masalah
kanak-kanak yang tidak mahu makan. Ibu bapa sering mengeluh anak mereka
tidak mahu makan. Antara keluhan-keluhan yang biasa didengari ialah:
"Anak saya tidak mahu makan. Susah hendak menyuruh dia makan dan dia pula sangat memilih orangnya."
"Walaupun puas dipujuk, dirayu dan dihidangkan dengan berbagai-bagai jenis makanan, dia tetap tidak mahu makan.
Berbagai-bagai
keluhan lagi yang didengari. Ibu bapa sering berasa risau terhadap
keadaan anak mereka dan ingin tahu sama ada si anak menghidap sesuatu
penyakit yang perlukan rawatan segera doktor.
Kepada
pembaca yang suatu hari nanti akan berkahwin dan mempunyai anak-anak
elok simpan doa ini. Yang belum berkahwin tentu tidak tahu bagaimana
rasanya perasaan seorang ibu apabila anak kesayangannya tidak berselera
untuk makan makanan yang dihidang itu.
Cara-caranya:
Dibaca
pada air kosong sebanyak 11 kali. Beri minum selepas itu kepada ibu
atau ayah yang sakit itu jika tiada selera nak makan. Begitu juga kepada
ibu yang anaknya kurang selera nak makan selepas demam. Sebelum membaca
doa ini, mulakan dengan shalawat nabi sebanyak 10 kali, Al-fatihah
sekali dan doa peransang selera sebanyak 11 kali.
Maksudnya:
31. Kamilah
penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan
kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu,
serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan
mendapatnya. 32. (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! (Surah Fushshilat: Ayat 31 dan 32)
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment