السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
1. Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya:
2. Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
3.
Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa
apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat
sekalipun.
4. Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.
1. Menyamai Seperempat Al-Qur’an
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?” Orang itu menjawab, “Benar.” Baginda menjawab, “(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.” (HR. At-Tarmizi r.a.) Rasulullah SAW bersabda: “Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.” (HR. Al Hakim).
Ubay bin Ka’b berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapayang
membaca surah Al-Kafirun, pahalanya seperti membaca seperempat
Al-Quran, ia akan dijauhkan dari godaan setan, diselamatkan dari
kemusyrikan dan diampuni pada hari kiamat.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/684). Sabda Nabi SAW: “Sesiapa
yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4
dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan
syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)
2. Membebaskan Diri Dari Kesyirikan
Riwayat ath-Thabaraniy dengan sanadnya dari Jibillah bin Haritsah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila
kamu telah ke tempat tidurmu, maka bacalah (Al Kafirun) hingga kamu
membacanya sampai akhir, sebab ia membebaskan diri dari kesyirikan.”
(al-Mu’jam al-Kabir, jld.II, h.278. Al-Haytsamiy berkata di dalam
Majma’ az-Zawa`id, jld.I, h.121, “Para periwayatnya telah dinilai
Tsiqah.” Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya ra. bahawa Nabi SAW
bersabda: “Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim). Sabda Rasulullah SAW: “Apabila
kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca…(surah
al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah
pembebasan daripada syirik.” (H.R. al-Tirmidzi)
3. Sunnah Membaca Bersama Surah Al-Ikhlas
Disunnahkan
membacanya dalam solat dua raka’at sebelum Tawaf. Hal ini berdasarkan
riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Jabir bahwasanya Rasulullah
SAW pernah membaca keduanya. Demikian juga, disunnahkan membaca keduanya
pada solat sunat Qabliyyah Subuh berdasarkan hadits dari Abu Hurairah
dalam Shahîh Muslim.
Dari Abu Hurairah ra. Berkata, “Rasulullah
SAW telah membaca kedua surah ini (Qul ya ayyuhal kafiruun dan Qul
huwallahu ahad) dalam solat sunat Fajar.” (HR. Muslim).
Dari Ibnu Umar dikatakan, “Rasulullah
SAW membaca surah al-Ikhlash dan al-Kaafiruun dalam dua rakaat sebelum
solat Subuh (solat sunat fajar) dan dua rakaat setelah Mahgrib
(Ba’diyyah Maghrib) lebih dari 20 atau 10 kali.” (HR. Ahmad)
Dari ‘Aisyah r.ha. Bahawa Nabi SAW bersabda, “Kedua surah itu ialah sebaik-baik surah!” (HR. Ahmad, Ibnu Majah).
Dari Ibnu Masud katanya, “Rasanya
tidak dapat saya hitung betapa kerapnya saya mendengar Rasulullah SAW
dalam kedua rakaat solat sunat sesudah solat Maghrib dan kedua rakaat
sunat sebelum fajar, membaca surah Qul yaa ayyuhal kaafiruun dan Qul
huwallaahu ahad.” (HR. Ibnu Majah, Tirmidzi).
Nabi pernah mendengar seorang sahabat membaca surah pertama (Al-Kafirun) pada raka’at pertama, lalu Baginda bersabda, “Orang
ini adalah orang yang beriman kepada Tuhannya.” Seterusnya, ia membaca
surah kedua (Al-Ikhlash) pada raka’at kedua, lalu Nabi bersabda, “Orang
ini benar-benar mengenal Tuhannya.” (HR. Thahawi, Ibnu Hibban dalam
Shahihnya di Hasankan oleh Hafizh dalam kitab Al-A’aliyaat).
Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Sesiapa
yang membaca surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlash dalam solat fardhu,
Allah akan mengampuni dosanya dan dosa orang tuanya. Dan ia tidak akan
melahirkan anak yang celaka, walaupun semestinya anak itu tergolong pada
anak yang celaka, Allah SWT menghapusnya dari lembaran
catatan orang-orang yang celaka dan menetapkannya di lembaran catatan
orang-orang yang bahagia, menghidupkannya dengan kehidupan yang bahagia,
mematikannya sebagai syuhada’, dan membangkitkan (dari kuburnya)
seperti orang yang syahid.” (Kitab Tsawabul A’mal, hlm 127). Imam Ja’far
Ash-Shadiq, dari ayahnya berkata: “Surah Al-Ikhlash adalah sepertiga
Al-Qur’an dan surah Al-Kafirun seperempat Al-Qur’an.” (Tafsir Nur
Ats-Taqalayn 5/687).
Dari Ali r.a., “Seekor
kala jengking menyengat Rasulullah SAW, Baginda segera meminta air dan
garam yang digunakan untuk mengusapnya sambil membaca surah Al-Kafirun,
Al-Falaq dan An-Naas.” (HR. Thabrani).
0 comments:
Post a Comment