DOA UNTUK PULIH TENAGA BATIN LELAKI



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

khasnya buat pembaca yang bergelar suami,

Jika anda seorang suami atau lelaki bujang yang akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat ini. Ataupun kategori suami yang lemah tenaga batin dimana "Angrybird" tidak beberapa kuat dan tahan lama. Pancut terlalu awal beberapa minit setelah baru berjimak. Eloklah baca dan amalkan doa ini serta lakukan senaman tenaga batin.  Jadikanlah ayat di bawah ini sebagai amalan harian setiap kali selepas solat iaitu selepas daripada waktu berdoa. Kepada isteri-isteri yang suami mereka agak lemah tenaga batin itu elok diberitahu tentang doa ini untuk kebaikan bersama.

Doa ini bermula dari "YURSILISSAMA''....hingga habis ayat 52. Setelah di bacakan ayat itu sebanyak tiga (3x). Maka ditiup pada kedua belah tapak tangan, kemudian ditepuk belakang pinggang sebanyak tiga kali.


Maksudnya:

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!

SENAMAN TENAGA BATIN.

Bangun dari tidur pada waktu pagi sebelum melakukan solat subuh atau berus gigi. Elok dilakukan senaman harimau. Boleh buka link ini untuk lakukan SENAMAN HARIMAU.

Insyaallah akan bertambah kekuatan tenaga batin dan dalaman suami anda dengan usaha berterusan ini. Berikhtiar juga seperti mengurut dengan tukang urut batin serta pemakanan yang sihat seperti pengambilan telor ayam kampung setengah masak dicampur dengan madu lebah asli untuk menyembuh penyakit dalaman. Berusahalah supaya isteri anda sentiasa mendapat nafkah batin yang mencukupi! Hanya Allah SWT Yang Maha Penyembuh.

Wasallam.
Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment