السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
N3
ini dibuat atas permintaan email beberapa orang pembaca. Bekerja adalah
satu ibadah. Ada yang bekerja disatu-satu tempat itu sampai
bertahun-tahun lamanya. Ada yang suka lompat dari satu pekerjaan ke satu
pekerjaan selepas bosan dengan majikannya atau mendapat tawaran yang
lebih baik. Memilih pekerjaan yang sesuai itu tidaklah menjadi satu
kesalahan kerana selepas bertahun-tahun bertungkus lumus belajar siang
dan malam. Setelah mendapat segulung diploma atau ijazah, carilah
pekerjaan yang baik setanding dengan kelulusan itu.
Yang menjadi "fed-up"
kepada sesetengah pekerja itu kerana majikannya tidak baik, garang,
suka marah-marah dan juga suasana tempat kerja yang tidak harmoni dan
banyak hal-hal lain yang merunsingkan hati dan fikiran. Sesetengah
majikan menekan pekerja bawahannya serta tegas sehingga rasa tidak
senang hati dan timbul perselisihan faham antara pekerja dan majikan.
Ada yang bekerja tak sampai tiga bulan dah mula cari pekerjaan lain.
Zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja jika memilih sangat. Oleh
itu ada beberapa doa yang baik diamalkan supaya tetap dengan pekerjaan
dan mendapat majikan yang baik dan "understanding".
Baca
doa-doa ini sebelum keluar dari rumah dan apabila sampai di tempat
kerja. Insyaallah jika majikan itu yang dahulunya bengis, muka tak
pernah senyum, akan menyukai diri anda nanti begitu juga rakan-rakan
sekerja.
Berpatah melayu berbunyi "Batu Yang Bergolek Tidak Akan Mengumpulkan Lumut". Mana naik naik gaji dan pangkat jika asyik tukar pekerjaan.
Sebelum berdoa bersalawat 3x dan penutup dengan salawat juga.
Sebelum berdoa bersalawat 3x dan penutup dengan salawat juga.
Maksudnya:
Wahai
Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang
benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara
keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah
keterangan serta kekuasaan yang menolongku.
Maksudnya:
Katakanlah
(wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Ayatul
Mahabbah).
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment