السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Setiap
manusia memerlukan jasmani dan rohani yang seimbang. Jasmani yang sihat
iaitu bahagian tubuh badan dapat melakukan berbagai perkara. Ada yang
membelanja beribu ringgit untuk kekal sihat dengan mengambil pil-pil
vitamin. Jika jasmani sakit boleh diubati dengan ubat-ubatan.
Untuk
mengubatkan rohani yang sakit pula adalah dengan Al-Qur'an. Rohani yang
kuat akan menambahkan ketakwaan dan mendekati diri kepada Allah.
Membersih rohani akan menanamkan sifat yang sabar, kasih sayang, sifat
pemurah, berkata benar, hati yang ikhlas, berdisplin dan dapat
menghindarkan sifat yang tamak serta rakus di dalam urusan duniawi.
Dapat
membenteng hawa nafsu yang liar kearah kejahatan. Dapat mengelak
penyakit suka mengumpat, marah, hasad dengki. gelojoh dan pembaziran.
Yang paling pentingnya dapat melembutkan hati dengan sifat mudah rasa
bersyukur kepada nikmat Allah SWT. Dan selalu bersikap positif dalam
menghadapi apa jua dugaaan dan rintangan. Jika anda selalu negatif dalam
banyak perkara, itu menunjukkan anda mempunyai penyakit rohani yang
kronik.
Dalam
banyak ujian keatas hamba-Nya. Ujian kesihatan yang paling ditakuti.
Bayangkan jika anda diuji dengan penyakit-penyakit yang susah dirawat
seperti kanser,lumpuh, HIV dan sebagainya. Banyak orang dapat bertahan
diuji dengan kesusahan dan kemiskinan.
Bacalah
doa-doa ini semuga Allah SWT tidak akan menguji kita dengan penyakit
kronik. Setakat demam dan pening kepala itu pun kita sudah merungut.
Jadikan bacaan ini sebagai amalan harian selepas bangun tidur. Baca shalawat shifa diikut dengan doa-doa ini supaya dijauhkan dari segala penyakit Jasmani dan rohani.
DOA 1.
Baca bahagian yang dimerahkan.
Jika selalu membaca doa ini Allah SWT tidak akan menguji hamba-Nya
dengan penyakit. Ia menjadi benteng dan pendinding dari penyakit rohani
dan jasmani.
Qul huwa lil-laziina amanoo hudauun wa shifaa'
Maksudnya:
Dan
kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing,
tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya
(dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing
sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman
dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi
sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan
ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan
cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari
ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari
tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau
melihat dengan nyata).
DOA 2.
Maksudnya:
Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment