Maksiat
 adalah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, tercela 
dalam syariat Islam, dan pelakunya akan mendapat dosa. Maksiat juga 
menghalang hidayah.
Ilmu
 adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam 
hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik
 melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau 
(Imam Malik) berkata:
"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". ”
Maksiat menyebabkan maksiat lain pula. Seorang ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya.
Dan
 jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung 
untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi 
kebiasaan bagi si pelaku. 
Orang
 yang pernah bertaubat kadang-kadang terjebak lagi dengan maksiat. Lalu 
bertaubat, terasa tiada kesan taubat yang dahulu. Mungkin taubatnya yang
 lepas seperti tidak diterima oleh Allah SWT. 
Tetapi
 jika masih mengingati akan dosa serta insaf kembali akan perbuatan 
maksiat itu bermakna Allah SWT masih sayang lagi kepada kita selepas 
melakukan maksiat. Oleh kerana itu jauhkan diri dari perkara-perkara 
yang akan membawa diri kearah kemaksiatan. Jadilah orang-orang yang 
bertaqwa. Allah  SWT berfirman:
(31) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (32) (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, (33) dan gadis-gadis remaja yang sebaya, (34) dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman). (35) Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta. (36) Sebagai pembalasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,( Surah An Naba: Ayat 31-36)
PENAWAR SUPAYA MENJAUHI MAKSIAT
Maksudnya:
Yang
 Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya. Yang 
mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya 
kepada-Nyalah kembali (semua makhluk). 
Lebih
 elok lagi, doa ini dimulakan dengan Allahumma. Bagi yang sukar 
meninggalkan maksiat. Walaupun telah bertaubat, amalkan setiap kali 
selepas solat lima waktu dan sebelum tidur, insyaAllah.
Wasallam.

0 comments:
Post a Comment