Ertinya:
"Maha
suci Engkau, Ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi, bahawa tiada
Tuhan selain Engkau, aku meminta ampun dan bertaubat kepada-Mu."
Tasbih Kaffarah ini sungguh besar ertinya. Antara yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW didalam beberapa riwayat antaranya ialah:
1. Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa
yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap,
maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu” .
Daripada
Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada
hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu
majlis:
Maka
berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah
menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini.
Berkata (Rasulullah SAW): "Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis” .
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment