DOA UNTUK KESELAMATAN DIRI ELAK MUDARAT DAN BERSERAH DIRI KPD ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

N3 ini berkenaan keselamatan diri bagi mengelak berbagai bahaya yang datang dari berbagai punca iaitu: 

Manusia 
- Dirompak/Diragut/Ditipu/Disantau/Kemalangan Jalanraya/Lemas dsbg, 

Diri Sendiri 
- Tersilap makan beracun(food poisoning)/Terjatuh hingga cedera parah, Terkena kejutan letrik dsbg.

Bencana dari Allah SWT
- Ditimpa pokok semasa ribut taufan/Tsunami/Gempa Bumi/Banjir dsbg.

Perlu diingatkan bahawa kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah SWT yang boleh berubah dengan kita berusaha dengan berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah SWT yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati. 

Captain baru-baru ini nyaris ditimpa tiang letrik TNB yang hanya jatuh 6 kaki  dihadapan motorsikal yang dinaiki semasa keluar rumah. Tiang letrik TNB tsb jatuh dilanggar lori dibelakang captain yang terbabas ke tepi jalan. Insyaallah Allah SWT itu Maha Menepatinya, Maha Pelindung dan memelihara hambaNya. Doa-doa ini selalu captain baca semasa wirid selepas solat Maghrib dan Subuh.

1. DOA MENGELAKKAN MUDARAT ATAU DOA PENDINDING DAN PENGGERAK.

Fadhilat dan membaca doa ini: KLIK SINI.

Baca (3x) kali waktu pagi dan petang sebelum Keluar Rumah/Dari Tempat kerja/Perjalanan Jauh/Pergi Bercuti. 

Baca setiap kali selepas solat Maghrib dan Solat Subuh.


Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. DOA BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SWT

Baca (7x) waktu pagi dan petang sebelum Keluar Rumah/Tempat kerja/Perjalanan Jauh/Pergi Bercuti. 

Baca setiap kali selepas solat Maghrib dan Solat Subuh.


Maksudnya:

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (Surah At Taubah: Ayat 129)

(Doa yang dibawah ini dibaca (1x) semasa wirid iaitu selepas membaca kedua-kedua doa diatas tersebut selepas solat Maghrib dan Solat Subuh.) 


Maksudnya:

128: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

129: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

(Surah At Taubah: Ayat 128, 129) 

Wasallam.

Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment