DOA KEPADA ORANG YANG ANDA PERNAH CACI



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semenjak akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda satu perkara yang tidak sihat dikalangan masyarakat iaitu sifat suka menghina, mencaci, memaki hamun sesama manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa, menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya. Sebenarnya budaya seperti ini adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah SWT. 

Terkini, pelbagai hinaan, makian dan cacian terhadap individu-individu yang bakal bertanding di PRU13. Sebagai seorang Islam, saya terpanggil untuk mengingatkan diri saya, blogger-blogger dan pengunjung blog ini. 

Mengumpat dan mencaci ialah menceritakan keburukan seseorang di belakangnya, walaupun perkara itu benar.

Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: “Apakah itu mengumpat?” Rasulullah (saw) menjawab: “Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka.” Selanjutnya Sahabat itu bertanya: “Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?” Rasulullah (saw) menjawab: “Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya.

Larilah daripada mendengar perbualan mereka yang sedang mengumpat atau bela orang yang diumpat.

Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Siapa yang melihat saudara seagamanya diumpat dan dia tidak menolong saudaranya padahal dia boleh melarang atau menyokong saudaranya, maka Allah akan menghinanya di dunia dan akhirat” (Riwayat Ibnu Ad Dunya dari Anas) 

Rasulullah SAW telah bersabda:  

Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa.

Mengumpat adalah satu dosa besar dan hanya orang yang diumpat sahaja boleh memaafkan dosa mengumpat itu. Kesan daripada perbuatan mengumpat adalah sangat buruk. Diantara contohnya ialah boleh memusnahkan sesebuah rumah tangga atau merosakkan imej seseorang.

Mengumpat hanya dibenarkan sekiranya perlu untuk menyelamatkan seseorang, masa depan  negara yang daripada sesuatu penipuan, penyelewangan atau kejahatan, namun kejahatan itu tidak boleh diceritakan secara terus-terang.


An-Nisaa [148]….Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


DOA KEPADA ORANG YANG ANDA CACI.



Allahumma faaiyuma mukminin sababtuhu faj'alzalika lahu qhurbatan illaika yaumalqhiyaamah

Maksudnya:

Ya Allah, siapa saja di antara orang mukmin yang kucaci, jadikanlah sebagai sarana yang mendekatkan dirinya kepadaMu di hari Kiamat

Wasallam.
Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment