DOA AGAR DIMATIKAN DALAM HUSNUL KHATIMAH



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8)

Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.

Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’ Diantara tanda-tanda mati dalam keadaan husnul khatimah adalah: 

Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: 

“Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim) 

Setiap kali selepas solat bacalah doa ini supaya dimatikan dalam husnul khatimah. Moga-moga "Ending" hidup kita yang baik.


Maksudnya:

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, Akhirilah hidup kami dengan membawa iman, Akhirilah hidup kami dengan Husnul khotimah.


وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه





Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment