DOA MENDAPAT RAHMAT ALLAH - PERTUNJUK - DOA MOHON KEAMPUNAN



Terjemahan:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah (orang-orang yang) mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Baqarah 2:218)

Tafsir Ayat:

Di dalam ayat di atas Allah SWT menyatakan tiga syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu oleh seorang manusia barulah dia layak digolongkan sebagai orang yang benar-benar telah mengharapkan Rahmat Allah iaitu: IMAN, HIJRAH dan JIHAD FII SABILILLAH.

Apakah makna Rahmat Allah? Dan mengapa setiap manusia perlu mengharapkan Rahmat Allah? Bagaimanakacara supaya kita mendapat Rahmat Allah?

Rahmat Allah maknanya kasih sayang Allah SWT. Tanpa Rahmat Allah SWT manusia tidak akan mungkin hidup bahagia di dunia atau di akhirat. Semua keperluan manusia di dunia ini sejak dari tempat tinggal, makanan, minuman, oksigen dan lain-lain adalah di antara kesan-kesan rahmat Allah SWT bagi mereka. Lebih-lebih lagi di akhirat nanti; amalan kita diterimaNya dan dosa-dosa kita diampuniNya adalah antara kesan-kesan Rahmat (kasih sayang) Allah SWT. Malahan seseorang tidak akan mungkin masuk syorga tanpa rahmat Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidaklah amalannya yang memasukkan salah seorang daripada kamu ke dalam syorga dan tidak pula ia menjauhinya daripada neraka; demikian juga dengan aku, kecuali Rahmat daripada Allah”.[Hadis Sahih Riwayat Muslim]

Jadi kesimpulan hadis di atas; bukanlah amalan kita yang memasukkan kita ke dalam syurga. Tetapi manusia masuk syuorga adalah berkat Rahmat Allah SWT.

Siapakah orang-orang yang benar-benar mengharapkan Rahmat Allah SWT? Di dalam ayat di atas Allah SWT telah menetapkan bahawa IMAN, HIJRAH dan JIHAD adalah tiga syarat utama yang mesti kita miliki agar layak dikategorikan ke dalam golongan tersebut. Dan ini menunjukkan bahawa harapan mendapatkan Rahmat Allah SWT tidak akan tercapai tanpa usaha melakukan sebab-sebab yang boleh mendatangkan Rahmat Allah SWT. Adapun harapan yang diikuti dengan kemalasan adalah dakwaan yang kosong dan tidak akan menghasilkan apa-apa kecuali kerugian belaka.

Mengharapkan Rahmat Allah tanpa mengikutinya dengan sebab-sebab di atas iaitu iman, hijrah dan jihad adalah sama seperti orang yang mengharapkan mendapatkan zuriyat tetapi dia sendiri tidak mahu kawin atau seperti orang yang mengharapkan memiliki kebun yang subur rendang dan buah yang lebat tetapi kebunnya tidak diolah, disirami air dan dibaja. Oleh itu masrilah kita isi sisa-sisa hidup ini dengan usaha semaksima mungkin ke arah memantapkannya. 

Jika Nabi pun merasa kekurangan dalam memenuhi tanggungjawabnya kepada ALlah, betapa lagi kita yang kerdil ini. Banyakkanlah beristighfar kepada Allah. Antara istighfar yang patut kita lakukan adalah seperti doa ini. Mudah-mudahan kita mendapat keampunan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

(3) DOA INI DIBACA SETIAP KALI SELEPAS SOLAT SUPAYA MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT

1. DOA UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH DAN PERTUNJUK.


Maksudnya: 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (Ali 'Imran : 8)

2. DOA MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH SWT.


Maksudnya: 

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami orang daripada orang yang rugi.

3. DOA MENDAPAT RAHMAT ALLAH.


Maksudnya

Wahai Tuhan kami! Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami.

Wasallam.

Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment