السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apabila
anda balik ke rumah di tengah malam selepas habis bertugas/kerja syif
malam atau selepas menziarahi saudara yang sakit di hospital. Ataupun
balik dari kubur selepas pengebumian ahli keluarga. Sebelum masuk ke
dalam rumah elok dibaca doa ini supaya syaitan, hantu dan jin tidak akan
mengikut anda masuk sekali kedalam rumah anda. Jika anda ada anak kecil
mungkin akan terkena sampuk dan dirasuk makhluk halus ini.
Jika
kaki anda kotor, basuh dahulu. Kemudian bacalah 3 Qul dan diikuti
dengan doa ini. Iaitu doa melepaskan diri dari diikut oleh hantu syaitan
yang dilaknat. Jika tidak dibaca, ia akan sentiasa berdamping dengan
anda kemana sahaja anda pergi kecuali anda berada dalam masjid atau
ketika hendak solat.
In kullu nafsin lamma AAalayha hafith
Maksudnya:
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya).
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment