DOA PERLINDUNG JAUHKAN PERNIAGAAN ANDA DARI GANGGUAN/DENGKI/FITNAH MANUSIA SERTA SIHIR

GambarHiasan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jika anda pembaca, seorang perniaga tidak kira berniaga di gerai makanan, kontraktor, MLM, busines"Online" dan sebagainya. Elok amalkan bacaan doa ini untuk menghindarkan niat jahat/dengki/fitnah orang lain keatas perniagaan anda. Tetapi berniagalah dengan jujur dan seikhlasnya. Berusahalah memuaskan pelanggan anda sebaik-baiknya.

Kadang-kadang orang tidak masuk gerai anda disebabkan layanan anda tidak mesra pelanggan, pelanggan terpaksa tunggu sampai berjam-jam lamanya baru dapat. Lain kali tobat dah orang itu nak masuk dan makan di kedai anda. Jadi muhasabahlah diri anda jika pelanggan anda sudah lari ke kedai lain. 

Satu lagi ialah fitnah keatas perniagaan anda oleh pesaing anda boleh membuat syarikat anda gulung tikar. Yang buat MLM pun sama juga jika ada orang lain yang dengki akan kejayaan awal anda maka ditaburkan fitnah yang tidak baik sehingga orang lain yang hendak berurusan dengan anda jadi  takut dan hilang "confident".

Insha Allah ada jalannya dengan berusaha dengan amalan yang baik supaya terhindar dari perkara-perkara yang buruk keatas diri dan perniagaan anda.

Boleh dibacakan selepas setiap kali solat 5 waktu dan sebelum membuka premis perniagaan anda. 

  • Al-Fatihah - 1 kali 
  • 3 Qul - 1 kali 
  • Ayat Kursi - 1 kali  
  • Ayat 1000 Dinar - 1 kali 
  • Ayat 102 dari Surah Al-Baqarah (Yang ditandakan hijau sehingga akhir.....BIIZ NILLAH) - sekurangnya 3 kali.

WattabaAAoo ma tatloo ashshayateenuAAala mulki sulaymana wama kafara sulaymanuwalakinna ashshayateena kafarooyuAAallimoona annasa assihra wamaonzila AAala almalakayni bibabila harootawamaroota wama yuAAallimani min ahadinhatta yaqoola innama nahnufitnatun fala takfur fayataAAallamoona minhuma mayufarriqoona bihi bayna almar-i wazawjihi wama hum bidarreenabihi min ahadin illa bi-ithni Allahi

Terjemahannya:

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. 

SEKIAN WASALLAM.

Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment