السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ZINA
adalah diantara satu dosa besar dan merupakan kejahatan yang sangat
besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri. Banyak
kes buang bayi, jangkitan virus HIV/AIDS akibat ZINA memberi kesan yang
buruk pada masyarakat kita.
Di
dalam Islam, pelaku perzinaan dibezakan menjadi dua, iaitu pezina
muhshan dan ghayru muhshan. Pezina muhshan adalah pezina yang sudah
memiliki pasangan sah. Sedangkan pezina ghayru muhshan adalah pelaku
yang belum pernah menikah dan tidak memiliki pasangan sah.
Bagi
pasangan yang sudah berkahwin haruslah berhati-hati dan sudah banyak
kes HIV/AIDS direkodkan kerana dijangkiti dari suami yang selalu
melanggan pelacur. Penyakit ini tidak nampak dimata sehingga individu
yang dijangkiti itu terasa tahap kesihatannya merosot. Selalu demam dan
tanda-tanda awal kelihatan seperti ruam dibadan. TANDA HIV.
Bagi yang belum berkahwin dan bercouple. Bila sudah terjebak dengan ZINA susah nak berhenti kerana "Ketagih Seks".
Dosa dan malu bukan halangan lagi apabila nafsu sudah membuak-buak.
Bila sudah mengandung mana nak sorok muka. Ada yang lari dari rumah
seperti yang baru tersiar dalam METRO BACA DISINI.
Oleh yang demikian amalkan doa ini sebagai "Penawar" bagi mencegah ZINA. Pada isteri yang khuatir suaminya yang selalu "Outstation" elok amalkan doa ini supaya pasangan anda itu dijauhkan ZINA. Baca doa ini sebelum terlambat.
Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan."
(Surah Al-Israa': 32)
DOWNLOAD MP3 DOA- KLIK SINI
WalyastaAAfifi
allatheena layajidoona nikahan hatta yughniyahumu Allahumin fadlihi
wallatheena yabtaghoona alkitabamimma malakat aymanukum fakatiboohum
inAAalimtum feehim khayran waatoohum min mali Allahiallathee atakum wala
tukrihoo fatayatikumAAala albigha-i in aradna tahassunanlitabtaghoo
AAarada alhayati addunyawaman yukrihhunna fa-inna Allaha min baAAdi
ikrahihinnaghafoorun raheem (33) Walaqad anzalna ilaykum ayatinmubayyinatin wamathalan mina allatheena khalaw minqablikum wamawAAithatan lilmuttaqeen (34)
Maksudnya: (Surah An Nur: ayat 33 dan 34)
Maksudnya: (Surah An Nur: ayat 33 dan 34)
33. Dan
orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka
menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari
limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang
hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan
jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian
itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada
diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian) dan berilah kepada
mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu dan janganlah
kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala
mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan
hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya
Allah sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
34. Dan
sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan
yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah) dan contoh tauladan
(mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum
kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment