السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Surah
Yasiin banyak khasiatnya dan diantara bahagian ayat-ayat ini sebagai
penawar kepada patah tulang, retak tulang dan lain-lain berkaitan patah.
Jika mengalami patah akibat jatuh atau yang aktif bersukan lasak
seperti ragbi, bola sepak elok amalkan sebelum masuk padang. Baca
shalawat 3x dan ayat-ayat tersebut dan sapu pada kaki atau seluruh badan
supaya elak patah.
Bagi yang mengalami retak tulang dan "Ostoeporosis"
iaitu tulang rapuh terutama orang-orang tua elok amalkan doa ini
dimulakan dengan bacaan shalawat syifa 1x diikuti doa ini sebanyak 1x
dan ditiup pada air dan minum. Lakukan pada waktu pagi sebelum sarapan
pagi. Insyaallah jisim tulang anda akan bertambah kuat. Selalu makanan
yang banyak kandungan kalsium.
(78) Wadaraba lana mathalanwanasiya khalqahu qala man yuhyee alAAithamawahiya rameem
(79) Qul yuhyeeha allatheeanshaaha awwala marratin wahuwa bikulli khalqin AAaleem
Maksudnya: (Surah Yasiin: Ayat 78 dan 79).
78. Serta
dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan
itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia
bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah
hancur seperti debu?
79. Katakanlah:
Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah
menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan
segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment