السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sempena 10 malam terakhir Ramadhan Al-Mubarak ini, penulis ada satu doa untuk dikongsikan bersama iaitu "Doa Pelindung Diri Ketika Keluar Rumah" yang baik diamalkan selain dari Doa Elak Mudarat, iaitu BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM yang telah disiarkan didalam blog sebelum ini.
Boleh
dibaca bersama-sama dengan Doa Pelindung Diri dibawah ini yang
senantiasa diamalkan oleh anakanda penulis yang sedang menuntut di UPM,
Serdang ketika menghadiri aktiviti luar seperti "Jungle Tracking" atau
"Camping" diluar kawasan.
Insyaallah
terlindung dari gigitan serangga seperti nyamuk, tebuan, agas-agas,
pacat, lintah dan termasuk juga binatang bisa seperti lipan, ular, kala
jengking dll dan gangguan jin dan syaitan.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق
A'udhu zu bi-Kalimatillahi't-tammati min sharra maa khalaq
Maksudnya:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk. (Riwayat Muslim)
Daripada
Abu Hurairah r.a, sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang
sebanyak 3 kali nescaya tidak dibahayakan oleh segala jenis racun atau
jenis sengat binatang (Riwayat Ibnu Hibban).
Sekian wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment