السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Agak
lama juga tak menulis dalam blog ini. Sempena malam yang dirahmati
dibulan Ramadhan ini. Semasa membaca surah Al-Nisa terjumpa ayat ini
dimana pada suatu ketika dahulu, arwah ibu pernah memberitahu kegunaan
ayat ini baik untuk menghilangkan dan mencegahkan bayi yang masih kecil
dari terkena sawan tangis dan sawan lain-lain jika ada.
Cara-caranya.
1. Tuliskan ayat ini diatas kertas dengan pen dakwat atau ballpen.
2. Sebelum mandikan bayi, direndamkan kertas yang telah dituliskan doa tersebut ke dalam ayer mandian bayi dalam besen itu.
3. Tunggu sehingga semua tulisan ayat-ayat tersebut hilang dalam ayer dan keluarkan kertas tersebut.
4. Sebelum memandikan bayi anda. Selawat dahulu sebelum memandikan bayi anda.
Inshaa Allah dengan usaha ini akan dijauhkan bayi kecil dari terkena sawan nangis dengan keizinan-Nya. Moga-moga dirahmati-Nya.
DOA TERSEBUT.
Muthabthabeena bayna thalikala ila haola-i wala ilahaola-i waman yudlili Allahu falantajida lahu sabeela
Maknanya:
Mereka
berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendiri-an yang tetap) antara
(iman dan kufur) itu mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir)
dan tidak pula ber- pihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa
yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak
sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyela- matkannya.
Sekian wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment