السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cahaya orang Mukmin di Dunia
Orang
beriman adalah orang yang berada dalam naungan cahaya Allah azza wa
jalla. Wajah dan hatinya diliputi cahaya yang dapat dirasakan oleh orang
disekitarnya. Kata katanya mententeramkan dan menyejukkan hati,
perilaku dan ahlaknya menyenangkan orang disekitarnya. Dimanapun ia
berada selalu mendatangkan kedamaian dan ketenangan. Orang yang peka dan
terang hatinya dapat melihat cahaya yang terpancar dari wajah orang
mukmin ini.
Sebaliknya
orang yang tidak beriman pada Allah azza wa jalla berada dalam
kegelapan. Wajah dan hatinya diliputi kegelapan diatas kegelapan. Kata
katanya menyakitkan hati, perilaku dan akhlaknya menimbulkan keresahan
bagi orang disekitarnya. Hidupnya penuh kebohongan dan tipuan, kesana
kemari mengumbar syahwat dan kesenangan fatamorgana. Orang yang
mengikutinya sering terjebak kesenangan semu, yang berakhir dengan
kesengsaraan dan derita. Orang yang peka dan terang hatinya dapat
melihat kegelapan wajah orang ini.
Bacalah
doa ini selepas setiap kali solat semuga Allah azza wa jalla
mengurniakan cahaya Nur Allahi dan dalam satu hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk
berdoa memohon cahaya pada Allah sebagai berikut:
Allahummaj
al fii Qolbi nuuron, wafii bashorii nuuron, wafii sam’i nuuron, wa an
yamiinii nuuron, wa an yasaari nuuron, wafawqii nuuron, wa tahtii
nuuron, wa amaamii nuron, wa kholfii nuuron, wajj allii nuuron
Ya
Allah! Jadikanlah hatiku bercahaya, dan pada lidahku bercahaya dan
jadikanlah pada penglihatan ku bercahaya dan pada pendengaranku
bercahaya, dan dari kanan ku bercahaya, dan dari kiriku bercahaya, dan
daripada atas ku bercahaya, dan daripada bawah ku bercahaya, dan dari
muka ku bercahaya, dan dari belakang ku bercahaya, dan jadikanlah pada
diriku bercahaya dan sebesar-besar bagiku bercahaya.
Doa Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam Mukhtarul Hadis:
Aura Orang Beriman
Hadis riwayat Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):
"Kalian
adalah orang-orang yang memiliki CAHAYA MUKA, CAHAYA TANGAN dan CAHAYA
KAKI pada hari kiamat, kerana penyempurnaan wudu'. Maka barang siapa di
antara kalian yang mampu, hendaklah ia memanjangkan CAHAYA PUTIH
tersebut.
Walaupun cahaya dalam hadis di atas mungkin boleh dikaitkan dengan aura, TETAPI perlu diingatkan bahawa beribadat semata-mata untuk mendapatkan kehebatan aura, boleh membawa kepada kesyirikan dan akan terpesong akidah. Tambahan pula dengan pengaruh tipudaya dan hasutan syaitan dan iblis yang sangat halus, sekiranya tidak berpegang kuat kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.
Sekian Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment