السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Penulis
mengucapkan kepada semua pembaca blog ini "Selamat Menyambut Tahun Baru
2014" semuga tahun baru ini dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki
banyak yang halal dan diberkati Allah SWT. Semoga pembaca-pembaca blog
ini dirahmati Allah SWT dalam suasana iklim Malaysia yang mencabar
dengan kenaikan harga barang-barang, tol dan lain-lain kenaikan yang
membebankan rakyat Malaysia. Semuga dipermudahkan dalam semua urusan.
Satu
doa yang baik dikongsi bersama-sama dan sebarkan kepada yang lain
berkenaan Doa ini. Kes-kes kena santau biasa kita dengar. Ada yang
terkena semasa makan di restoran, ditempat rehat, tempat kerja dan
sebagainya.
APA ITU SANTAU ANGIN?
Santau
angin secara umumnya merupakan serbuk santau yang mengandungi bahan
tajam dan halus yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru
mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara
saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan
santau ke dalam paru-paru yang lembab dan dengan itu mampu mengakibatkan
kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang
digunakan. Jika dengan keizinan Allah Azza Wajalla dapat menghindarkan
kita dari perkara buruk ini.
Santau
sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara
berhadapan, tetapi melalui bersembunyi. Penggunaan bahan-bahan organik
dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia dikesan secara
perubatan moden kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada
melalui X-ray maupun ultrasound.
Doa
yang baik diamalkan sebelum keluar rumah, berada di restoran makanan
ditempat yang disyaki pernah banyak berlaku kes-kes santau terutama di
hentian rehat.
Mulakan dengan selawat 3x, baca Bismillah dan bacalah doa ini dan insha Allah dipeliharaNya dengan sebaik-baikNya.
Waqadimna ila maAAamiloo min AAamalin fajaAAalnahu habaan manthoora
Terjemahannya:
Terjemahannya:
Dan
Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari
jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang
sebagai debu yang berterbangan.
Sekian Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment