السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa
ini bacakan kepada anggota keluarga atau kepada orang yang terkena
sihir pada waktu kecemasan sekiranya tiada ustaz atau perawat Islam lain
yang berdekatan pada masa kejadian tersebut. Boleh dibaca doa ini
terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya dengan ustaz
atau perawat Islam selepas itu.
Jika
anda syak suami atau isteri anda terkena sihir. Bolehlah dibacakan
padanya, dihembuskan pada ubun-ubunnya. InsyaAllah jika sihir yang baru
sahaja dikenakan dan belum lagi menjadi teruk pada peringkat awal.
Insyaallah dengan izin Allah SWT boleh sembuh. Lakukan ketika semasa ia
tidur. (Jika ada jin atau makhluk halus dalam tubuh badannya, akan
diketahui) kerana makhluk halus akan menderita serta sakit bila dibaca
doa ini).
Jika
keadaan sudah menjadi teruk, eloklah bawa berjumpa dengan mereka yang
lebih arif tentang pengubatan ilmu sihir yang terdiri dari ustaz-ustaz
di pusat rawatan Islam.
Cara membatalkan sihir.
Ambil wudhuk dahulu sebelum memulakan rawatan.
1. Kemudian Shalawat Nabi 3x.
2. Baca Al-Fatihah 7x.
3. Baca Ayatul Kursi 1x.
4.
Dan Kemudian baca doa dibawah ini sebanyak 3x dan dihembuskan pada ubun
kepala dan kemudian diseluruh tubuh. Tekan perlahan pada bahagian yang
sakit jika ada sekiranya diberitahu oleh pesakit. Jika perlu tekan dan
ulang baca doa sambil menekan hingga hilang kesakitan. Jika anda lemah
semangat jangan lakukan. Bacaan hendaklah dibaca dengan betul tajwidnya.
DOWNLOAD MP3 DOA- KLIK SINI
Maksudnya: (SURAH YUNUS:AYAT 80 & 81)
80. Setelah
datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka:
Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (dari
benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!
81. Setelah
mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu
datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan
kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku);
sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang
melakukan kerosakan.
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment