السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa
ini telah diamalkan oleh "admin" sejak memasuki tentera sehinggalah
sekarang sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Doa ini telah diberi oleh
arwah bapa "Katanya jika sesuatu berlaku, sempat mengucap dua
kalimah syahadat sebelum ajal. "Jika selamat dalam kemalangan, akan
tiada sebarang calar atau kecederaan pada anggota tubuh badan". Bukan kebal! tetapi di pelihara oleh Allah SWT. Wallahualam.
Tetapi
memang benar, penulis pernah mengalaminya ketika dahulu pada tahun 1992
semasa kemalangan jalanraya di Jalan Sidam Kanan. Kereta berpusing
beberapa kali sebelum melanggar tiang letrik dan terus jatuh ke dalam
parit yang dalam. Kereta di "Write Off" oleh pihak insurance kerana tak boleh diperbaiki lagi. Tiada calar atau patah. Alhamdulillah.!
Baca doa ini bersama doa menaiki kenderaan. Insyaallah dipelihara dan senantiasa dilindungi dengan pertolongan Allah SWT.
DOWNLOAD MP3 DOA - KLIK SINI
Maksudnya:. (Surah Al-Qasas:AYAT 85)
Sesungguhnya
Allah yang mewajibkan kepadamu (mengamal dan menyampaikan) Al-Quran
(wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa
yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang
menentangmu): "Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah
pertunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata".
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment