السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sifat
semula jadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan. Perangai
berbeza. Citarasa pun juga berbeza. Itu selalu berlaku dan kita berharap
sekiranya bertemu jodoh nanti biarlah pasangan itu serasi dengan
pilihan kita. Serasi biarlah rumahtangga itu yang didirikan atas kasih
sayang yang akan berkekalan sehingga ke anak cucu.
Sebelum
menjelang hari perkahwinan yang dirancangkan. Biarlah rancangan itu
berjalan dengan lancar. Tiada timbul masalah dalam persediaan
takut-takut majlis yang telah dirancang dengan rapi menjadi haru biru,
kacaubilau dan celaru kerana sedikit perselisihan faham diantara kedua
belah pihak.
Kepada
bakal-bakal pengantin yang akan berkahwin. Eloklah membaca dua (2) doa
ini selepas solat supaya semua perkara-perkara berkenaan pasangan dan
majlis perkawinan itu diberkati Allah SWT dan dipermudahkan-Nya..insha
Allah.
Doa 1
Ani
iqthifeehi fee attabootifaqthifeehi fee alyammi falyulqihi alyammu
bissahiliya/khuthhu AAaduwwun lee waAAaduwwun lahu waalqaytuAAalayka
mahabbatan minnee walitusnaAAa AAalaAAaynee
Terjemahannya:
"Letakkanlah
anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka
biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh
musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan
kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara
dengan pengawasanKu.
Doa 2
Ith qala yoosufu li-abeehi yaabati innee raaytu ahada AAashara kawkaban washshamsawalqamara raaytuhum lee sajideen
Terjemahannya:
(Ingatlah
peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku!
Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan;
aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Semuga dipermudahkan urusan majlis perkahwinan yang diberkati.
Sekian wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment