السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Adakah
anda pernah kena fitnah dengan seseorang? Memang sakit hati dan sangat
geram apabila ada orang yang membuat fitnah yang bukan-bukan terhadap
anda walaupun anda tidak bersalah. Fitnah lebih teruk dari pembunuhan
kerana fitnahlah masyarakat boleh berpecah, rumahtangga yang dibina
bertahun-tahun boleh runtuh. Persahabatan yang baik boleh terputus
kerana fitnah.
Jika
anda membaca doa ini, orang yang membuat fitnah kepada anda akan
menerima kembali fitnahnya. Balasan kepada si pembuat fitnah ini hanya
Allah SWT yang berkuasa menentukan. Fitnah itu akan kembali terkena
kepadanya balik. Bentuk balasan dari Alllah SWT bermacam-macam "Kerana orang yang dianiayai, doanya tiada hijab". Allah SWT akan memelihara anda dan membantu dimana kebenaran akan muncul kembali kepada anda.
Bacalah
doa ini selepas setiap kali selepas solat selepas anda terkena fitnah.
Banyak-banyak shalawat nabi dan istighfar. Kemudian berdoalah kepada
Allah SWT supaya dikembalikan fitnah itu kepada orang yang membuat
fitnah terhadap anda. Tak payahlah upah "spy" atau samseng nak balas
dendam. Serah sahaja kepada Allah SWT yang uruskan.
DOWNLOAD MP3 DOA - KLIK LINK
Maksudnya:
(Ingatlah)
semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang
meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada
orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit
dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara
mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di
sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik
itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya
mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ
terdapat (Neraka) dan azab seksa.
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment