السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Diantara
 doa-doa Pelembut Hati yang baik diamalkan oleh pasangan suami atau 
isteri supaya suami atau isteri yang keras hati, cepat marah dan 
mempunyai suami yang baran, degil supaya menjadi baik serta bertimbang 
rasa boleh juga diamalkan selepas setiap kali solat.
Baca
 19 x doa ini dan berdoalah kepada Allah SWT supaya pasangan anda 
berubah menjadi seorang yang penyayang, penyabar supaya aman rumahtangga
 itu dan diberi kebahagiaan. Insha allah dipermudahkan dan dimakbulkan.
Allahu lateefun biAAibadihiyarzuqu man yashao wahuwa alqawiyyu alAAazeez
Terjemahannya:
Allah
 Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas 
kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang
 dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah 
Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Wasallam.

Blogger Comment
Facebook Comment