AMALKAN DOA-DOA INI SEBELUM BERLAKU PERKARA BURUK INI KEATAS DIRI ANDA TERUTAMANYA WANITA. |
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Baru-baru
ini seorang wanita lulusan IPTS yang terpedaya dengan iklan palsu
dirogol di sebuah hotel bajet kerana termakan umpan gaji yang menarik
oleh si perogol. Kasihan juga kerana niatnya untuk mencari rezki yang
halal bertukar menjadi episod yang menyedihkan.
InsyaAllah
dengan mengamalkan beberapa doa-doa ini. Kaum Hawa yang lemah dan naif
hendaklah selalu memohon keselamatan diri serta dipelihara Allah SWT
dari penjahat yang ingin merosak dan memusnahkan masadepan anda. Jagalah
aurat anda sebaiknya sebagai wanita Islam.
DOA UNTUK KESELAMATAN DIRI ELAK MUDARAT
Baca
(3x) kali waktu pagi dan petang sebelum Keluar Rumah. Doa ini hendalkah
dibaca setiap kali selepas solat Maghrib dan Solat Subuh. Jadikan
amalan membaca doa ini sebelum keluar rumah. Doa ini untuk menghindarkan
dan memelihara berbagai kemudaratan seperti tersilap makan, santau,
sihir dan banyak lagi kemudaratan lain.
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
DOA
DAN AMALAN SITI SARAH IAITU (ISTERI NABI IBRAHIM A.S) YANG DAPAT
MENGHINDARI DARI DIROGOL DAN DIDEKATI OLEH LELAKI,RAJA YANG ZALIM.
Doa
sahih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang
menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.
Jika
terkurung dalam tahanan atau diculik oleh penjahat, bacalah berterusan
doa ini dengan penuh keyakinan. InsyaAllah Allah SWT akan membantu si
pembaca yang malang itu dari kejahatan para penzalim.
ALLAHUMMA
IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA
‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA THOZZALIM
Ertinya:
Ya
Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul
Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah
aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” (
Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad
ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
InsyaAllah, dengan mengamalkan doa-doa ini termasuk membaca ayatul kursi dan shalawat Nabi dan seterusnya membaca doa-doa
di entri ini. Setiap langkah kaum Hawa itu diatas mukabumi ini akan
senantiasa dipelihara Allah SWT. Hanya pada-Nya tempat kita mengadu.
Wasallam.
Blogger Comment
Facebook Comment