DOA DAN AMALAN UNTUK IBUBAPA YANG ANAK-ANAK MEREKA AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan, eloklah baca entri ini. Entri ini adalah repost kali ke-3. Mungkin pembaca baru belum membaca lagi.

Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wuduk.


2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x


4. Al- Fatihah - 1x


5. 3 Qul- 1x


6. Selawat Atas Nabi - 10x


7. Baca Surah Yassin - 1x (Baca sampai habis surah tsb).


8. Baca Surah Insyirah 100x.


9. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. 

MAKLUMBALAS DARI IBUBAPA  KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK MEREKA YANG TELAH MENGAMALKAN AMALAN INI.  



Sumber: 

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya di dalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Wasallam.


SHARING IS CARING
Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment