السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa ini juga dikenali sebagai Doa Elak Mudarat yang baik dibaca pada setiap kali selepas solat subuh dan solat Maghrib sebanyak 3 kali. Amalkan tiap-tiap hari sebagai amalan yang baik untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga.
Pada ketika ini yang serba serbi mahal dan memerlukan duit untuk menampung kehidupan harian yang mencabar dengan kenaikan kos sara hidup telah menjadikan sebahagian manusia mengambil jalan pintas mencari duit dengan menggunakan ilmu pukau untuk memukau mangsanya tidak kira lelaki atau wanita. Jadi berhati-hatilah jika ada individu yang tidak kenali menghampiri anda untuk melakukan tipu daya terhadap anda dengan berbagai taktik seperti menghembuskan asap rokok, menyuruh anda memegang batu cincin dan sebagainya yang tak terfikir oleh kita.
Sihir pukau keatas mangsa selalunya terjadi dalam masa yang singkat dimana habis semua wang atau barang kemas yang dipakai diberikan atau diserahkan tanpa sedar kepada si pemukau tanpa paksaan.
Mangsa
hanya akan sedar selepas si pemukau menghilangkan diri bersama wang dan
barang kemas. Cara pukau melalui mata ke mata atau ditepuk dibelakang
bahu mangsa.
Kepada
wanita yang terkena sihir pukau, walaupun habis semua wang dan barang
kemas diserahkan kepada sipemukau tetapi masih lagi bernasib baik kerana
tidak kehilangan barang yang berharga iaitu maruah anda. Amalkan
sebelum terlambat.
Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari:
Baca doa berikut:
“Dengan
nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu,
sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya.
Inilah amalan yang diterima oleh syarak.
Amalan
menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika
dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam
as-Sunnah.
Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):
Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda,
‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al- Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya):
“Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
Al-Hafiz
Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa
pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad
dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya
muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.
Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.
Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat
ini menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada
pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga
takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’.
Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan
makanan.
Demikian
peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau ini, termasuk dalam amalan
yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk
tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.
Waalahu a’lam.
Peniaga dipukau lelaki berkopiah
RAKAMAN
CCTV menunjukkan seorang lelaki yang memakai kopiah putih menuju ke
belakang mangsa sebelum disyaki melarikan RM2,100 di sebuah bank di Shah
Alam, Khamis lalu.
SHAH
ALAM - Seorang pemilik kedai runcit kehilangan wang tunai RM2,100
selepas bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang memakai kopiah putih
ketika mangsa memasukkan duit di dalam mesin deposit sebuah bank di
Seksyen 14 di sini Khamis lalu.
Ketika
kejadian pada pukul 1.21 tengah hari itu, mangsa yang berusia dalam
lingkungan 50-an pergi ke bank terbabit seorang diri untuk mendepositkan
wang sebanyak RM5,000.
Ketua
Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata,
semasa berada di dalam bank, bahu mangsa tiba-tiba ditepuk oleh seorang
lelaki juga berusia dalam sekitar 50-an yang berada di belakangnya.
Lelaki itu kemudian menegur mangsa kononnya cara dia memasukkan wang ke dalam mesin deposit salah dan ingin membantu.
“Mangsa
selepas itu seakan-akan terpukau dengan menyerahkan kesemua wang kepada
lelaki yang memakai kopiah itu. Selepas melakukan transaksi dia
menyerahkan slip bank kepada mangsa lalu meninggalkan premis tersebut.
“Beberapa
minit kemudian, mangsa yang melihat slip bank itu terkejut apabila
mendapati hanya RM2,900 yang dimasukkan manakala baki dipercayai
dilarikan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber kosmo.
0 comments:
Post a Comment