السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebuah Hadis riwayat daripada Muaz bin Jabal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberikan tamar sedekah kepadanya untuk dijaga. Tamar yang diletakkan dalam sebuah bilik itu didapati semakin berkurangan setiap hari.
Sebuah Hadis riwayat daripada Muaz bin Jabal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberikan tamar sedekah kepadanya untuk dijaga. Tamar yang diletakkan dalam sebuah bilik itu didapati semakin berkurangan setiap hari.
Lalu
ia mengadu kepada baginda. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa itu
adalah perbuatan syaitan Ialu menyuruhnya menunggu. Pada waktu malam
datanglah satu lembaga menyerupai gajah.
Apabila
tiba ke pintu, lembaga itu masuk melalui celah-celah pintu setelah
bertukar daripada rupa asalnya. Apabila ditangkap dan diberi amaran
untuk dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w., lembaga itu berjanji tidak
akan mengulangi perbuatannya lagi.
Pada
keesokan harinya apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. apakah yang
telah dilakukan olehnya terhadap orang tawanannya itu, Muaz berkata
bahawa lembaga itu telah dilepaskan setelah ia berjianii tidak akan
datang lagi. Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa lembaga itu akan datang
lagi dan menyuruh Muaz menunggu.
Pada
malam yang kedua Muaz telah menunggunya dan menangkap lembaga tadi
tetapi melepaskannya apabila in merayu dan berjanji tidak akan datang
lagi.
Pada
malam ketiga lembaga tadi datang lagi Ialu ditangkap. Akhirnya ia
dilepaskan oleh Muaz setelah memberitahu kegunaan dua ayat AI-Quran,
iaitu ayat al-Kursi dan ayat di akhir surah al-Baqarah
(Aamanarrasul). Jika ayat-ayat ini dibaca dalam sebuah rumah, syaitan
tidak akan datang ke rumah tersebut. Ayat kedua yang dimaksudkan ialah
Surah al-Baqarah ayat 285.
Maksudnya:
Allah,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia , Yang Tetap Hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang
tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit
dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at
(pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa
yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu
Allah melainkan apa yang Allah menghendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;
dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha
Besar (kekuasaanNya).
Maksudnya:
Rasulullah
telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan
juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka
berkata ): “kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari
Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi : “Kami dengar dan kami ta'at .
(kami pohonkan) keampunan Mu wahai Tuhan kami, dan kepada Mu jualah
tempat kembali”.(Surah Al-Baqarah: Ayat 285)
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment