DOA UNTUK ORANG YANG BANYAK HUTANG PIUTANG



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jika anda hidup di kelilingi hutang, Nabi Muhammad saw mengajar kita untuk membaca doa yang dibawah ini. kata seorang sahabat Nabi, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu:

"Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.” 
(HR Abu Dawud 4/353)
Islam mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berhadapan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam menggalakkan umatnya memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Walaupun begitu, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika di dunia hngga ke akhirat.

Doa tu merupakan doa untuk mengatasi masalah hutang kita yang  berpanjangan. Di dalamnya, ada beberapa permohonan agar Allah SWT melindungi kita dari masalah-masalah dalam hidup yang berkait secara langsung atau tidak dengan masalah hutang. 

 "Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih.” 

Orang yang sedang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan. 

"Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas.” 

Biasanya orang yang berhutang akan cenderung menjadi lemah. Dan biasanya orang yang malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup cenderung mencari pinjaman/berhutang ketika sedikit saja menghadapi rintangan dalam hidup. Sedangkan orang yang rajin cenderung untuk mencari ruang dan peluang membina hidup. 

"Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir.” 

Biasanya orang yang berhutang menjadi orang yang diliputi rasa takut lalu cenderung menjadi pengecut. mentalnya jatuh. batin lemah juga. Jauh dari sifat pemberani. Mentalnya jatuh dan tidak mudah memiliki kemantapan batin. Dan orang yang berhutang mudah menjadi kedekut, jauh dari sifat demawan. kenapa? kerana dalam kepala otak dia cakap:

"Macam mana nak bersedekah, hutang aku pun banyak? tak bayar lagi?"

"Dan aku berlindung kepada Engkau dari dibelenggu hutang dan fitnah manusia."

Mengandungi inti permohonan seorang yang dibelenggu hutang. kita serahkan harapan kita, sepenuhnya, kepada Allah SWT, Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji agar meringankan masalah hutang yang berpanjangan membebani hidup kita. Di samping itu, kita  memohon agar dilindungi Allah SWT dari fitnah manusia. pihak pemberi hutang kan selalunya menzalimi orang yang berhutang kepada mereka?  setelah meminjamkan duit, si pemberi hutang merasa berhak ke atas yang berhutang, so dia buat sesuka hati asalkan hutang dilunasi segera. jadi, doa terakhir itu kita mintak supaya Allah lindungi kita dari kekejaman mereka. 

Sebab-Sebab Berhutang.

1. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2. Pengaruh sahabat atau jiran yang sering menggalakkan berhutang walau hakikatnya dia tidak memerlukan tetapi hanya untuk berbangga.

3. Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang akan datang.

4. Kemudahan pinjaman yang sediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakan lagi amalan berhutang.

5. Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan material dan kebendaan dengan cepat dan pantas walaupun pada hakikatnya dia tidak mampu.

Kesan Berhutang.

1. Menjadi satu budaya yang boleh mendatangkan kesan negatif seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskannya.

2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3. Seseorang yang dibebani hutang memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan tergantung amalan serta rohnya setelah meninggal dunia sehingga dilunaskan segala hutang piutangnya.

5. Bagi mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tdak akan selamat di dunia dan di akhirat, sekalipun dia mati syahid.

Tanggungjawab Membayar Hutang.

1. Membayar hutang adalah menjadi syarat untuk mendapatkan keredhaan Allah.

2. Seseorang yang berhutang hendaklah berniat untuk menunaikan hutang tersebut mengikut tempoh masanya kerana Allah akan memudahkan baginya untuk membayar hutang.

3. Seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran jika berkemampuan membayarnya kerana perbuatan tersebut adalah perbuatan orang yang zalim.

4. Kita mesti bersyukur kepada Allah dengan apa yang telah kita miliki dan melaksanakan sifat amanah serta tanggungjawab agar kita dilindungi daripada bahaya dunia dan akhirat.

Wasallam.
Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment