Sesetengah
orang, hatinya gembira dan bahagia apabila melihat orang lain derita.
Berlaku pada semua orang. Pernahkah anda
tahu dan berperasaan begitu!. Aku derita engkau bahagia. Kata-kata yang
selalu diucapkan oleh jejaka yang putus cinta terhadap kekasihnya yang
bahagia bersama teman baru.
Lagi satu yang biasa berlaku pada kita tanpa disedari, bila kita memandu dan melihat pasangan sedang menolak motorsikal kerana kehabisan minyak atau tayar pancit. Kadang-kadang secara otomatik kita tersenyum. Bukan ada niat apa pun untuk ketawa pada mereka.
Lagi satu yang biasa berlaku pada kita tanpa disedari, bila kita memandu dan melihat pasangan sedang menolak motorsikal kerana kehabisan minyak atau tayar pancit. Kadang-kadang secara otomatik kita tersenyum. Bukan ada niat apa pun untuk ketawa pada mereka.
Itu
perkara yang biasa dan selalu terjadi pada kita. Bagi pasangan yang
menolak motorsikal berbatu-batu jauhnya. Allah SWT sahaja yang tahu
betapa penatnya sampai lembik lutut. Bukan boleh dibaiki disitu. Nak
ditinggalkan isteri atau temanita kat simpang, takut pula jadi kes
lain. Kalau setakat minyak habis boleh diminta tolong orang lain
belikan. Tapi jika tayar pancit bukan boleh ditukar disitu. Terpaksa
tolak sampai kat kedai motor juga.
Sabda Nabi s.a.w:
"Tidak boleh iri hati melainkan kepada dua orang iaitu, orang yang dianugerahkan ilmu pengetahuan tentang al Quran oleh Allah lalu mengamalkan sepanjang siang dan malam dan orang yang diberikan harta oleh Allah lalu menafkahkannya sepanjang siang dan malam" [Riwayat Bukhari & Muslim]
Diantara perkara yang kita sedar atau tidak bila kesengsaraan orang lain yang membuatkan kita bahagia.
1. Anugerah Cemerlang/Kenaikan Pangkat.
Bila
kita mendapat anugerah cemerlang atau kenaikan pangkat dari majikan.
Betapa sukanya kita. Mereka yang kuat bekerja tetapi tidak dicalonkan
oleh majikan mesti rasa sedih dan hampa. Pada hal kita bukan pun lebih
baik prestasi dari mereka yang tidak dicalonkan.
Nasihat penulis:
Bila dapat anugerah atau kenaikan jangan terlebih cakap pula. Beri kata
perangsang pada mereka yang tidak dicalonkan. "Mungkin tahun hadapan
giliran kamu pula".
2. Perkahwinan.
Selalunya
terjadi pada kaum wanita. Bila dipinangkan dan ditetapkan tarikh
perkahwinan, habis semua kawan-kawan nak diberitahu. Bila ada
kawan-kawan yang belum dipinangkan atau selalu putus tunangan pasti akan
merasa sedih. Jangan perli atau terlebih cakap tentang diri anda yang
cepat jodoh.
Nasihat penulis:
Pujuk kawan dan gembirakan hati mereka dengan membuat jamuan. Beri kata
peransang dan naikkan semula semangat kawan yang belum sampai jodoh
"Jodoh kamu pun akan sampai juga nanti, sabar ya".
3.Terima Tawaran IPTA.
Ibubapa
yang anaknya diterima masuk ke menara gading sangat bersyukur dan
hilang semua penat lelah membesarkan anaknya. Pada ibubapa yang anaknya
gagal masuk kemana-mana pengajian tinggi dan tidak mendapat sebarang
tawaran langsung, cukup menyedihkan dan menghampakan.
Nasihat penulis:
Jangan ditanya pada mereka pada hal anda tahu anak mereka tidak
menerima sebarang tawaran. Jika terjumpa juga, nasihatkan mereka dengan
kata-kata, "Yang keluar dari IPTA pun belum tentu menjaminkan
mendapatkan pekerjaan, rezeki anak-anak kita tidak tahu lagi".
4. Putus cinta/Putus Tunang.
Perkara
ini adalah lumrah pada semua orang. Ada yang boleh menerima dengan hati
terbuka. Hati gembira melihat kawan yang selalu ke hulu kehilir dengan
teman lelaki atau wanita tiba-tiba frust menunging. Makan tak lalu dan
hilang arah. Jangan diperli, mesti gaduh punya.
Nasihat penulis:
Nasihatkan kawan yang putus cinta. "Mungkin jodoh kamu dengan orang
lain" atau "Kumbang bukan seekor, banyak kumbang-kumbang yang baik untuk
kamu".
5. Ditimpa Kemalangan.
Apabila
jiran atau sedara mara yang ditimpa kemalangan, terus anda melawat
mereka. Kadang-kadang ada yang busuk hati. Kerana yang terlibat
kemalangan menggunakan kereta mewah dan jarang menegur anda.
Nasihat penulis: Bila melawat mereka yang sedang sengsara. Katakan begini " Allah sayangkan kamu!, harta boleh dicari ganti.".
6.Mendapat harta pesaka.
Bila
mendapat harta pesaka selepas kematian arwah. Ada adik beradik yang
tidak menerima sebarang harta mesti rasa sedih. Sakit hati
mereka ini boleh memutuskan silahtulrahim. Banyak yang kita dengar
sampai berparang dan bermusuhan disebabkan harta. Tapi jika anda anak angkat memang tak layak langsung dapat pembahagian harta pusaka usah risau kerana banyak harta pusaka banyak soal jawab dengan Allah SWT disana nanti.Lambat masuk syurga.
Nasihat penulis:
Jika anda mendapat wasiat dan bahagian anda yang banyak. Jangan
terlebih cakap. Katakan dengan rendah hati pada mereka " Tak sangka
arwah wasiatkan harta ini.InsyaAllah kalau kamu susah dan memerlukan
pertolongan, akan aku tolong dengan harta arwah nanti".
7. Keputusan UPSR/PMR/SPM.
Bila
keluar sahaja keputusannya dan anak kita mendapat "strait A". Selalunya
kita sibuk dan terus menalipon habis semua kawan-kawan. Lepas tu sibuk
nak tahu keputusan anak orang lain pula.
Nasihat penulis:
Tidak perlu tahu keputusan anak-anak orang lain. Mungkin ibubapa
anaknya yang keputusan tidak baik sedang bersedih. Jika berjumpa
kawan-kawan, katakan begini " Masih ada masa lagi untuk anak-anak
berusaha mendapat kejayaan pada peperiksaan akan datang".
8. Jatuh susah.
Selalunya
bila kita jatuh susah dalam perniagaan, ramai kawan-kawan yang akan
menjauhi kita. Ini perkara lumrah dalam hidup. Semasa kaya dan senang,
telefon selalu berderingx ajak minum teh dan bermacam-macam yang kita
tak larat nak layan. Bila jatuh susah telefon sunyi senyap.
Nasihat penulis:
Hari ini mungkin kawan kita jatuh susah. Esok silap-silap kita pula
jatuh susah. Hidup ini macam roda. Sekejap diatas, sekejap dibawah. Jika
terjumpa kawan yang jatuh susah. Tegur dengan baik kerana perasaan
mereka sensitif. Beri kata perangsang "Kamu boleh bangun semula, jangan
putus asa, banyak orang yang terkenal hari ini, pernah jatuh dan bangun
kembali".
9. Mendapat tender/Peluang Bisnes.
Persaingan
diantara kontraktor-kontraktor mendapat tender memang sengit.Yang
selalu ada kroni akan dapat. Mungkin anda ada kroni. Nasib anda baik dan
mendapat tender dengan perbezaan harga yang kurang sedikit dari
kontraktor lain. Selalunya kontraktor akan berjumpa dan minum bersama
yang berada dikawasan yang sama.
Nasihat penulis:
Jangan menjauhi kontraktor lain yang selalu gagal dapat tender. Beri
sedikit peluang kepada mereka seperti membekalkan barang-barang projek
kepada anda dan pasti mereka mendekati anda. Apabila mereka mendapat
tender yang lebih besar, mungkin mereka teringat anda sebagai
sub-kontraktor pula. Katakan pada yang gagal mendapat tender " Tender ni
bukan aku boleh buat semua, yang mana boleh aku subkan kerja, sama-sama
kita cari makan".
10. Penceraian suami isteri.
Bila
berlaku penceraian, ada pihak yang bahagia, Jika si isteri berkahwin
dengan temannya dan hidup susah. Bekas suami akan merasa puas hati.
Memang dia akan sakit hati jika bekas isterinya senang dan mewah bersama
suaminya baru. Begitu juga isteri yang diceraikan akan merasa gembira
jika suami yang dahulu kaya berkahwin lain dan kemudian jatuh susah
dalam perniagaan dengan isteri baru.
Nasihat penulis:
Sekiranya terjadi begini, doakan supaya mereka bahagia membina
rumahtangga baru. Jangan dendamkan kerana sudah ditakdirkan jodoh bukan
untuk anda. Selalu penulis menasihat pada kawan-kawan yang sudah
bercerai supaya jangan mendendamkan bekas isteri mereka. Katakan kepada
mereka "Ini bukan jodoh kamu, carilah penganti yang lebih baik".
Setakat
sepuluh sahaja penulis terfikir setakat ini. Banyak lagi contoh seperti
menjadi isteri kedua. Madu kita sengsara. Begitu juga seperti calon
yang kalah pilihanraya.Yang menang bergembira.
Hati
yang baik tak akan gembira melihat orang lain sengsara. Malah
ditolongkan sedaya upaya orang yang malang. Doakan kepada mereka yang
malang supaya ditetapkan hati pada Allah SWT. Jika hari ini anda berdoa
kepada kawan-kawan yang ditimpa musibah. Suatu hari nanti segala
malaikat dan segala makhluk Allah SWT akan mendoakan kebahagian kepada
anda pula. Bukan rugi pun mendoakan untuk kebahagian orang lain malah
Allah SWT akan merahmati kamu. Baik hati ibarat emas dalam jiwa.
Hati
yang baik bukanlah sekadar kurniaan dari Allah SWT yang diberikan
kepada orang-orang tertentu saja, namun hati yang baik juga boleh
diperolehi dengan latihan dan pendidikan. Salah satu cara untuk
mendapatkan hati yang baik adalah senantiasa berkomunikasi hati dengan
Allah SWT. Allah SWT adalah Dzat Yang Maha Baik, maka siapapun yang
selalu berkomunikasi kepadaNya akan mendapatkan cahaya kebaikan.
Jazakallah Khairan.
0 comments:
Post a Comment