السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat. Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini. Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan.
Tanpa
keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya. Namun
begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula
berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan
berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki
segala kelemahan yang ada.Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para
pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi
memulakan solat setelah lama meninggalkannya.
1. Sematkan azam, bulatkan tekad.
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal
solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa
yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan
solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah
tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan.
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan
sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik.
Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan
solat.Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi
rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya
untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.
3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua.
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun
masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua
dan seterusnya.Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan
NIKE - Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan.
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata
peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan
dalam wallet atau poket baju.Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda
tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada
yang kata anda nak tunjuk bagus.
5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat.
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya
cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya. Bukan faham satu-satu
ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat,
di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri
semasa mengerjakan solat.
6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib. Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.
7. Tingkatkan imaginasi Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.
8. Doa mohon kekuatan dan sokongan.
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan
untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus
selepas setiap kali solat.
9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui.
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan
mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah
kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.
10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan.
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu
kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat
tanpa berlengah-lengah. Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga
menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda
lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?
11. Berfikir secara positif.
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja
anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda
sedemikian.Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana
sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat,
tunggu sebentar atau pergi dahulu.Ingatlah bahawa anda telah membuat
pilihan positif untuk mengerjakan solat.
12. Dapatkan sokongan mental dan rohani.
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja
yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta
sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang tidak
mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.
13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan.
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan
sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan
kemalasan diri sendiri.Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah
anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga
dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.
14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat.
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan
semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan
rasa takut pada Allah s.w.t.
Moga-moga
dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya. KesimpulanJika topik ini
dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan
hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan
panduan kita bersama. Sama-samalah kita saling memperingati sesama
Islam.Wallahu a'lam.
Petikan artikel di ambil dari: Nukilan Istimewa
0 comments:
Post a Comment