Tentang Strok
Strok atau yang dikenali dalam sebutan medik Cerebrovascular Accident (CVA)
terjadi ketika pembuluh darah di otak tiba-tiba tersumbat atau pecah.
Ketika ini terjadi, darah gagal mengalir ke bahagian otak yang merupakan
penyalur oksigen dan nutrius ke tubuh.
Akibatnya,
sel otak dan saraf akan mati dan kemampuan yang dikendalikan oleh
bahagian otak menjadi hilang. Pesakit strok boleh menjadi lumpuh, tidak
mampu bercakap, dan mengalami koma. Bergantung di mana strok terjadi dan
berapa banyak daerah otak yang rosak.
Cara-cara rawatannya:
Sebelum memulakan bacaan:
1. Shalawat Nabi (10x).
2. Al-Fatihah (1x).
3. Ayatul Kursi (1x).
4. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30 (11x).
Sediakan
botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca Surah
Al-Anbiyaa: Ayat 30. Maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit
dinasihatkan minum air bacaan setiap pagi. Sapu air pada bahagian
anggota yang kena strok. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya
dengan izin-Nya.
DOA UNTUK RAWATAN LUMPUH DAN STROK
Maksudnya:
"Dan
apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan
bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan
antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.
Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"
Menjaga
kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan
tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya
adalah:
1. Bersenam atau beriadah.
2. Mengawal pengambilan makanan.
Tahukah
anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal
berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda
akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) .
Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:-
1.
Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.
2. Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit.
3.
Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa. Ia boleh mengelak dari sakit
pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak
dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang
berkenaan.
4.
Dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di
khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam
ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.
5.
Nabi SAW mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga para saintis telah menjumpa bahawa enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzime sejenis kimia percerna makanan, tanpanya makanan
tidak hadam)
Gejala, Penyebab, dan Akibat Stroke
Strok
termasuk penyakit serebrovaskuler (pembuluh darah otak) yang ditandai
dengan kematian jaringan otak (infark serebral) yang terjadi kerana
berkurangnya aliran darah dan oksigen ke otak. Berkurangnya aliran darah
dan oksigen ini boleh disebabkan adanya sumbatan, penyempitan atau
pecahnya pembuluh darah.
WHO
mendefinisikan bahawa strok adalah gejala-gejala penurunan fungsi
susunan saraf yang diakibatkan oleh penyakit pembuluh darah otak dan
bukan oleh yang lain dari itu.
Strok dibagi menjadi dua jenis yaitu:
1. strok iskemik
2. strok hemorragik.
Strok
iskemik yaitu tersumbatnya pembuluh darah yang menyebabkan aliran darah
ke otak sebahagian atau keseluruhan terhenti. 80% strok adalah strok
Iskemik. Strok iskemik ini dibagi menjadi 3 jenis, yaitu :
- Strok Trombotik: proses terbentuknya thrombus yang membuat penggumpalan.
- Strok Embolik: Tertutupnya pembuluh arteri oleh bekuan darah.
- Hipoperfusion Sistemik: Berkurangnya aliran darah ke seluruh bahagian tubuh kerana adanya gangguan denyut jantung.
- Strok hemoragik adalah strok yang disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah otak. Hampir 70% pesakit strok hemoragik terjadi pada pengidap tekanan darah tinggi.
Strok hemoragik ada 2 jenis, yaitu:
1. Hemoragik Intraserebral: pendarahan yang terjadi didalam jaringan otak.
2.
Hemoragik Subaraknoid: pendarahan yang terjadi pada ruang subaraknoid
(ruang sempit antara permukaan otak dan lapisan jaringan yang menutupi
otak).
Tanda dan Gejala-gejala Stroke
Berdasarkan lokasinya di tubuh, gejala-gejala strok terbahagi menjadi berikut:
- Bahagian sistem saraf pusat: Kelemahan otot (hemiplegia), kaku, menurunnya fungsi sensorik
- Batang otak, dimana terdapat 12 saraf kranial: menurun kemampuan membau, mengecap, mendengar, dan melihat parsial atau keseluruhan, refleks menurun, ekspresi wajah terganggu, pernafasan dan detak jantung terganggu, lidah lemah.
- Cerebral cortex: aphasia, apraxia, daya ingat menurun, hemineglect, kebingungan.
Jika
tanda-tanda dan gejala tersebut hilang dalam waktu 24 jam, dinyatakan
sebagai Transient Ischemic Attack (TIA), dimana merupakan serangan kecil
atau serangan awal strok.
Faktor Penyebab Strok
Faktor
risiko medik, antara lain Hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi),
Kolesterol, Aterosklerosis (pengerasan pembuluh darah), Gangguan
jantung, diabetes, Riwayat strok dalam keluarga, Migrain.
Faktor
resiko perilaku, antara lain Merokok (aktif & pasif), Makanan
tidak sehat (junk food, fast food), Alkohol, Kurang bersenam,
Mendengkur, Kontrasepsi oral, Narkoba, Obesiti.
80%
penyebab strok adalah tekanan darah tinggi dan arteriosklerosis,
Menurut statistik. 93% pengidap penyakit trombosis ada hubungannya
dengan penyakit tekanan darah tinggi.
Penyebab
strok pada dasarnya adalah, suasana hati yang tidak tenteram
(marah-marah), terlalu banyak minum alkohol, merokok dan senang
mengambil makanan yang berlemak.
Derita selepas serangan Strok
"Sudah Jatuh tertimpa Tangga" Pula, peribahasa itulah yang tepat bagi penderita Strok.
Setelah
strok, sel otak mati dan hematom yg terbentuk akan diserap kembali
secara bertahap. Proses alami ini selesai dalam waktu 3 bulan. Pada saat
itu, 1/3 orang yang selamat menjadi bergantung dan mungkin mengalami
komplikasi yang dapat menyebabkan kematian atau cacat
Diperkirakan ada 500.000 penduduk yang terkena strok. Dari jumlah tersebut:
1/3 - boleh pulih kembali,
1/3 - mengalami gangguan fungsional ringan sampai sedang,
1/3 sisanya - mengalami gangguan fungsional berat yang mengharuskan penderita terus menerus di katil (lumpuh).
Hanya
10-15 % penderita strok boleh kembali hidup normal seperti sedia kala,
bakinya mengalami cacat, sehingga banyak penderita Strok menderita
stress akibat kecacatan yang ditimbulkan setelah diserang strok.
Akibat Strok lainnya:
80% penurunan parsial/total gerakan lengan dan kaki.
80-90% bermasalah dalam berfikir dan mengingat.
70% menderita depresi.
30 % mengalami kesulitan bercakap, menelan, membedakan kanan dan kiri.
Strok tak lagi hanya menyerang golongan lanjut usia, namum kini cenderung menyerang generasi muda yang masih produktif. Strok juga tak lagi menjadi milik warga kota yang mewah , namun juga dialami oleh warga yang miskin yang hidup dengan serba kekurangan.
Hal
ini akan menampakkan terhadap menurunnya tingkat produktiviti serta
dapat mengakibatkan terganggunya sosial ekonomi keluarga. Selain kerana
besarnya pembiayaan mengubat selepas serangan strok , juga yang
menderita strok adalah keluarga yang biasanya kurang melakukan gaya
hidup sehat, akibat kesibukan yang padat.
Strok dapat dicegah,
Hampir 85% dari semua stroke dapat DICEGAH.
Kerana ancaman strok hingga meragut nyawa dan derita akibat strok. Hidup BEBAS tanpa STROK merupakan impian bagi semua orang.
Tak
hairan semua orang selalu berupaya untuk mencegah Strok atau mengurangi
faktor risiko dengan menerapkan cara hidup sehat, senaman yang teratur,
menghindari stress hingga meminum ubat atau suplemen untuk menjaga
kesihatan pembuluh darah hingga dapat mencegah terjadinya Strok.
Semuga
mengamalkan gaya hidup yang sehat kerana semua penyakit adalah atas
ketentuanNya dan mohonlah kepadaNya untuk menjadi sihat semula supaya
kita dapat beribadat kepadaNya.
Wasallam.
0 comments:
Post a Comment